Selasa, 21 Jun 2011

Pemakaian Kaedah-Kaedah Fiqh Di Dalam Memutuskan Sesuatu Kes.

DEFINISI KAEDAH FIQH (al-Qawa `i dul al-Fiqhiyyah)
Perkataan “Al-Qawa`id” adalah kata jamak “al-qa’idah”, yang bermaksud prinsip-prinsip. Perkataan “fiqhiyyah” berasal dari perkataan “al-fiqh” yang bererti “Al-Fahmu” yang bermaksud kefahaman. Al-Raghib al-Asfahaniy dalam al-Mufradat Fi Gharib al-Quran berpendapat “kaedah” dari sudut pengertian bahasa bermaksud asas dan ia merupakan asas sesuatu dan asalnya sama ada ianya berbentuk Hissi atau dapat dilihat oleh pancaindera seperti asas rumah ( قواعد البيت ) dan juga berbentuk maknawi atau tidak dapat dilihat seperti asas agama ( قواعد الدين) Al-Qawa`id is the plural of al-qa`idah , which means principles. 7 The word fiqhiyyah originated from the word al-fiqh which means al-Fahmu that is understands.. Sebagaimana firman-firman  Allah di bawah :

واذ يرفع ابراهيم القواعد من البيت واسماعيل
Bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (kaabah) itu”.

                                                فاتي الله بنيانهم من القولعد
Bermaksud: “Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya.

Al-Zamaksyari dalam tafsir al-Kasysyaf pula berpendapat pengertiannya dari sudut bahasa adalah bermaksud asas dan asal kepada apa yang di atasnya. Ia juga bermaksud asas rumah dan asas-asas yang lain. Dari segi pengertian istilah pula, ulama usul fiqh mendefinisikannya sebagai hukum kulli atau bersifat umum yang dipraktikkan di atas semua hukum juz’i untuk mengetahui hukum daripadanya. Sebagai contoh al-amr ( الأمر) atau suruhan asasnya membawa erti wajib. Menurut Taj al-Din al-Subky, kaedah menurut istilah :
(الأمر الكلي الذي ينطق عليه جزئيات كثيرة تفهم احكامها منها)
Bermaksud: Sesuatu kaedah kulli atau umum tang bersesuaian dengan juz’iyyah atau bahagian-bahagiannya yang banyak yang mana daripadanya diketahui hukum-hukum juz’iyyah.

Thus the term al-Qawa`idul al-Fiqhiyyah literally defined as the principles pertaining to the legal ruling (hukum ). 8 In theoretical definition, legal maxims are theoretical abstractions in the form usually of short epithetic statements that are expressive, often in a few words, of the goal and objectives of Shariah and consist mainly of statement of principles derived from the detailed reading of the rules of fiqh on various themes. 9Kesimpulannya, istilah “al-Qawa`idul al-Fiqhiyyah” didefinisikan menurut bahasa sebagai dasar-dasar yang berkaitan dengan masalah hokum. Dari sudut pengertian istilah pula, kaedah fiqh bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Contohnya ialah lafaz kaedah: الضرر يزال bermaksud bahaya mestilah dihapuskan.

Lantaran itu, ilmu yang berkaitan dengan kaedah fiqh merupakan perkara yang penting dan utama dalam ilmu-ilmu Islam serta berada di kedudukan yang penting dalam fiqh Islam. Menurut Mustafa al-Zarqa' ketika membahas tentang hukum kaedah fiqh menyebut meskipun kaedah fiqh  adalah  prinsip-prinsip umum tetapi memainkan peranan yang penting dalam ilmu fiqh. Kaedah  ini telah berjaya menyelesaikan sebahagian besar hukum fiqh (ahkam) yang mana tidak ada sumber hukum yang jelas di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Penguasaan ilmu ini sangat penting kerana ianya signifikan dengan ilmu fiqh dan membantu ulama untuk mengetahui secara terperinci berkaitan prinsip-prinsip syariah dan fiqh.

JENIS-JENIS KAEDAH FIQH
Jenis-jenis kaedah fiqh yang masyhur dikalangan ulama’ fiqh terbahagi kepada tiga jenis kaedah yang utama iaitu:

i)             Kaedah am iaitu kaedah umum yang merangkumi lima kaedah asas yang dipersetujui oleh jumhur ulama’. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah:
a)    Setiap perkara dinilai berdasarkan niat  (الأمور بمقاصدها)
b)   Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (اليقين لا يزال بالشك)
c)    Kesukaran membawa kemudahan (المشقة تجلب التيسير)
d)   Bahaya mesti dihapuskan (الضرر يزال)
e)    Adat dijadikan hukum (العادة محكمة)

ii)            Kaedah kulliyyah iaitu kaedah yang mana terbentuk daripadanya hukum-hukum furu’. Daripada kaedah kulliyyah pula terbentuk kaedah juz’iyyah atau pecahan yang banyak sekali. Antara kaedah-kaedah yang terbentuk dari kaedah kulliyyah ini ialah:
a)    Ijtihad tidak dibatalkan oleh ijtihad (الاجتهاد لا ينقض بالاجتهاد)
b)   Apabila berhimpun halal dan haram dikira yang haram
(اذا اجتمع الحلال والحرام غلب الحرام)
c)    Hukum hudud gugur dengan sebab keraguan (الحدود تسقط بالشبهات)
d)   Orang merdeka tidak masuk dalam kekuasaan  (الحر لا يدخل تحت اليد)
e)    Mendapat faedah sebabnya bersedia menanggung risiko (الخراج بالضمان)
f)     Keluar daripada khilaf digalakkan (الخروج من الخلاف مستحب)

iii)          Kaedah yang diperselisihkan di kalangan ulama’ mazhab dan mujtahid. Kesemuanya ada dua puluh kaedah antaranya:
a)    Jumaat: zohor yang dipendekkan atau sembahyang menurut semestinya.
(الجمعة ظهر مقصورة أو صلاة على حيالها؟ قولان  )
b)   Apakah yang diiktibar itu lafaz akad atau maknanya
(هل العبرة بصيغ العود , أو بمعانيها؟ خلاف )
c)    Talaq Raji’i, apakah ia memutuskan perkahwinan atau tidak
( الطلاق الرجعى, هل يقطع النكاح أو لا؟ قولان )

Berdasarkan jenis-jenis kaedah fiqh di atas yang diklasifikasikan oleh ulama’, kaedah am adalah kaedah yang disepakati oleh jumhur ulama’ yang seringkali menjadi rujukan hakim-hakim di Mahkamah Syariah.

PERANAN KAEDAH FIQH DI DALAM MEMUTUSKAN SESUATU KES
Peranan kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes di mahkamah syariah merangkumi berbagai permasalahan dan isu yang diputuskan oleh mahkamah. Hakim-hakim Syarie telah mengguna pakai kaedah-kaedah fiqh di dalam membuat keputusan dan penghakiman. Di antara peranan kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes adalah seperti berikut: -

 (1)  Kaedah fiqh sebagai sumber hukum
Pemakaian kaedah fiqh oleh hakim-hakim Mahkamah Syariah sebagai sumber hukum dapat diteliti di dalam undang-undang itu sendiri dan pemakaiannya di Mahkamah Syariah. Sebagai contoh kaedah ألعادة المحكمة  yang bererti adat kebiasaan sebagai hukum yang menjadi asas kepada harta sepencarian di Malaysia. Meskipun istilah harta sepencarian tidak disebut dengan jelas di dalam Quran, Sunnah dan ilmu fiqh, namun Islam mengakui usaha lelaki dan perempuan dan mereka berhak untuk mendapatkan hak mereka tanpa batasan untuk apa yang telah mereka usahakan bersama sepanjang hidup mereka.

Harta sepencarian didefinisikan sebagai harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh hukum syara’Tafsiran tentang definisi harta sepencarian juga telah disebut dalam kes Hajjah Lijah Jamal v Fatimah Mat Diah, di mana Briggs J mendefinasikan sebagai "harta benda yang diperolehi selama tempoh perkahwinan seorang suami dan isteri dari sumber usaha mereka atau sumbangan mereka.

Isu harta sepencarian telah menjadi sangat penting dan menjadi hak untuk pasangan yang bercerai dan telah diiktiraf di bawah undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Pertimbangan tentang keupayaan dan sumbangan suami isteri sepanjang perkahwinan mereka menjadi asas utama pertimbangan hakim untuk menentukan jumlah bahagian yang wajar diperolehi oleh suami dan isteri tersebut. Sebagai contoh, kes Wan Mahattan v Haji Abdul Samat (Ipoh Civil Appeal No 27 dari 1925), menyatakan bahawa isteri yang bercerai berhak mendapat sepertiga tidak akan terhalang oleh perceraian tebus talak kecuali pertimbangan untuk melepaskan tuntutan itu sebagai harta sepencarian. Wanita yang bercerai itu mungkin mendapat saham yang lebih satupertiga menjadi satu setengah jika ia sebenarnya memberi sumbangan yang sepatutnya.

 (2) Kaedah fiqh sebagai hujah sokongan
Misalnya kaedah الأصل بقأ ما كان على ما كان   yang bererti "asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya." Kaedah ini adalah sebahagian daripada kaedah yang utama yang mana keyakinan tidak boleh dihapuskan oleh keraguan اليقين لا يزول بالشاك. Ada beberapa ayat dari al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi panduan antaranya:

Surah Yunus ayat 36:
وما يتبع أكثرهم الا ظنا ان الظن لا يغني من الحق شيئا ان الله عليم بما تفعلون
ُErtinya: "Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (I’tiqad). Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan ."                                

Sebagaimana hadis nabi s.a.w:
اذا وجد احدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا
ُMaksudnya: "apabila seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya  kemudian timbul keraguan dengan sebabnya;apakah sesuatu telah keluar darinya atau tidak? Janganlah sesekali dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar suara atau mendapatkan bau (ia dapati ada bukti batal wuduk) . "

Di dalam penghakiman hakim-hakim menggunakan kaedah الأصل بقأ ما كان على ما كان   untuk menentukan status harta yang menjadi pertikaian misalnya dalam kes Ibrahim bin Haji Abu Bakar v Mohd Ali bin Mohd Sah dan lain-lain di mana hakim menerapkan prinsip kepastian untuk menentukan apakah harta itu jatuh di bawah wasiat atau pusaka. Di dalam kes ini hakim telah menggunapakai kaedah الأصل بقأ ما كان على ما كان untuk memutuskan bahawa harta tersebut adalah harta pusaka untuk pembahagian menurut hukum faraid.

Pemakaian kaedah fiqh dapat juga dilihat di dalam kes Noraini binti Mokhtar v Abd. Halim bin Sama. Mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa harta itu adalah harta sepencarian telah menggunapakai kaedahالأصل بقأ ما كان على ما كان  sebagai usaha bersama mereka selagi tiada bukti menunjukkan sebaliknya. Mengenai perbezaan hutang oleh pihak-pihak untuk memperoleh hak milik sebesar RM1000, hakim melihat ia harus ditanggung oleh pihak-pihak secara samarata dengan merujuk kepada kaedah (الخراخ بالضمن) yang bemaksud kerugian adalah sebagai kembali untuk mendapatkan keuntungan.

ii) Mengenalpasti status individu
Kaedah ini biasanya digunapakai oleh hakim menentukan status orang yang didakwa dalam kes jenayah iaitu kaedah الاءصل براءة الذمة  yang bermaksud asalnya seseorang itu bebas daripada tanggungjawab. Oleh itu dapat dibuat anggapan bahawa seseorang itu bebas dan tidak dipertanggungjawabkan kecuali dibuktikan dia melakukan sesuatu perbuatan itu.

Di dalam kes Pegawai Pendakwa MUIS v Adib Datuk Haji Said Besar Sigoh tertuduh telah didakwa melakukan zina tetapi dia didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana pihak pendakwa gagal buktikan kes tersebut. Mahkamah berpendapat iqrar yang telah dibuat orang yang disabit bersalah zina tidak boleh digunakan untuk menghukum pihak tertuduh kerana kaedah الاصل براءة الذمة
Mahkamah juga menolak untuk menerima iqrar yang dibuat oleh tertuduh kerana dibuat diluar mahkamah.

Selain itu di dalam kes Pendakwa Syarie v Jaiman Masta @ Mastah & Jamidah Abdul Majid. Hakim bicara di dalam penghakimannya mengatakan bahawa pihak pendakwa telah gagal buktikan melampaui keraguan yang munasabah yang mana keterangan saksi pendakwa tidak menyokong satu sama lain. Hakim berpendapat bahawa hukumannya tidak boleh berdasarkan sesuatu yang meragukan sebagaimana kaedah الاءصل براءة الذمة  yang memberi gambaran bahawa seseorang itu tidak bertanggungjawab ke atas sesuatu perbuatan kecuali dibuktikan dengan jelas bahawa melakukan perbuatan itu.

   iii.Mempertimbangkan prosedur yang akan digunapakai
Kaedah yang biasa digunapakai oleh mahkamah untuk pengecualian kepada prosedur yang biasa iaitu kaedahالمشقة تجلب التيسير   bermaksud kesukaran membawa kemudahan.  Sebagai contoh kes Haslinda binti Alias vs Johdi Matius Byrne @ Yahya bin Abdullah. Hakim bicara mengatakan bahawa undang-undang tidak membenarkan semua kes didengar secara ex-parte tetapi ada pengecualianberdasarkan kaedahالمشقة تجلب 
التيسير  (means hardship beget   facility) dan surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud "... Sesungguhnya Allah memberi kemudahan kepada kamu, Dia tidak ingin melibatkan kamu dalam kesulitan ..." Hakim juga menyebutkan kaedah الضرر يزال bermaksud kemudaratan hendaklah dihilangkan.

Konsep kaedah fiqh juga telah diterapkan dalam Enakmen Tatacara Mal Selangor 2003. Sebagai contoh di bawah seksyen 121 mahkamah boleh tolak dan membuang kes jika ketidakhadiran pihak-pihak dalam perbicaraan atau meneruskan kes tanpa kehadiran pihak yang satu lagi. Kaedah yang bersesuaian bagi peruntukan ini ialah kaedah   لا ينسب الي ساكت قول ولكن السكوت في معرض الحاجة الى البيان بيان bermaksud tidak dapat disandarkan sesuatu perkataan kepada orang diam, namun berdiam ketika memerlukan keterangan adalah keterangan.

Kaedah yang relevan adalahلا الضرر و لا الضرار  bermaksud tidak ada mudarat dan tidak memudaratkan. Ia terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama bahagian tidak memudaratkan (لا الضرر) menunjukkan bahawa semua jenis kemudaratan harus dihindari dan semua tindakan yang diperlukan harus diambil untuk mencegah kemudaratan. Sedangkan yang kedua tidak akan memudaratkan  (ولا ضرار) menunjukkan bahawa tidak boleh menyebabkan kemudaratan yang lebih teruk. Konsep ini telah digunapakai di dalam hal perkahwinan dan perceraian seperti fasakh dan poligami.

Dalam kes Ruzaini bin Hassan, hakim telah menolak permohonan plaintif untuk berpoligami. Hakim berpendapat, walaupun isteri pemohon telah bersetuju untuk pemohon bernikah seorang lagi, namun mahkamah harus mempertimbangkan dan melindungi kepentingan yang ada pada isteri dan anak-anak. Tidak diragukan bahawa ada kebaikan dalam poligami tetapi jika tidak diamalkan dengan baik harus dihindari berdasarkan kaedahدرء المفاسد اولي من جلب المصالح   bermaksud menolak kerosakan lebih baik daripada mendapatkan manfaat. Hakim membuat kesimpulan bahawa memiliki baki gaji dalam tangan RM291.90 pemohon tidak mampu untuk berpoligami walaupun pemohon mendakwa bahawa dia secara fizikalnya mampu bernikah seorang isteri lagi.

Implikasi pemakaian kaedah fiqh
Di antara implikasi-implikasi pemakaian kaedah fiqh di dalam memutuskan sesuatu kes adalah seperti berikut:
1)   Menjadi sandaran hukum kepada hakim untuk membuat keputusan
2)   Membantu hakim untuk mengenalpasti isu-isu yang dipertikaikan.
3)   Membantu hakim memutuskan sesuatu isu yang dipertikaikan dengan seadil-adilnya berdasarkan kaedah fiqh
4)   Sebagai hujahan hakim kepada isu-isu yang tidak mempunyai sumber hukum yang jelas seperti tuntutan harta sepencarian.
5)   Membantu hakim mengenalpasti pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membuktikan sesuatu isu seperti kaedah البينة علي المدعي واليمين علي من أنكر
6)   Memberi panduan kepada hakim-hakim untuk menggunapakai sumpah dalam prosiding di mahkamah syariah seperti kaedah البينة علي المدعي واليمين علي من أنكر
7)   Menjadi prinsip-prinsip asas di dalam memutuskan sesuatu kes jenayah syariah iaitu seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya seperti kaedah الأصل برءة الذمة

 

Tiada ulasan: