Selasa, 6 September 2011

Pliding: Pandangan Dari Sudut Hukum Syarak

PRINSIP ASAS DAKWAAN
Kiasan Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis ketika menjawab pertanyaan sahabat bagaimana mahu naik saksi. Nabi menjawab: Adakah engkau melihat matahari itu? Jawab Sahabat: ya!. Lalu jawab Nabi: atas seumpamanya (yakni seumpama jelas matahari dilihat) maka naik saksilah engkau atau mendakwa lah engkau ". Hadis tersebut adalah seperti berikut –

عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال لرجل (( ترى الشمش ؟ )) قال : نعم . قال : (( على مثلها فاشهد ، أو دع ))
[ Subul Al-Salam, Juz 3-4, Halaman 1481

Kamus Besar Bahasa Melayu Susunan Haji Zainal Abidin Safarwan, terbitan Utusan Publications Distributions Sdn. Bhd., terbitan Pertama 1995 dalam muka surat 93 dinyatakan bahawa perkataan “atau” diertikan sebagai “pilihan”.

Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1993 dalam muka surat 64, perkataan “atau” membawa maksud (1. kata yang digunakan untuk menunjukkan atau menyatakan) 2. salah satu di antara beberapa hal (barang, perbuatan dll).

Bersesuaian dengan peruntukan Seksyen 3 EKMS 2003- “saksi” tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;

TUNTUTAN DAN PEMBELAAN
Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di mukasurat 139 menulis bahawa -

ثم يسأل القاضي المدعي عن دعواه ويأمر كاتبه بكتابتها في رقعة بنفس ألفاظ المدعي بلا زيادة ولا نقصان ، وهذا اذا لم يكن الكاتب قد كتب دعوى المدعي قبل دخول مجلس القضاء ، اذ لو كان قد كتبها من قبل لما كانت حاجة في اعادة كتابتها ، وكذا اذا كان المدعي قد قدم دعواه مكتوبة وسلمها الى الكاتب ، فلا حاجة الى اعادة كتابتها في مجلس القضاء.
Maksudnya: “kemudian, Qadhi bertanya muddai’e berkenaan dakwaannya dan mengarahkan penulisnya menulis dakwaan muddai’e di dalam suatu kertas dengan lafaz muddai’e sendiri tanpa menambah atau mengurangkan sesuatu pun. Menulis dakwaan ini hanya sekiranya kerani itu belum menulis dakwaan muddai’e sebelum dia memasuki majlis al-qadha’ kerana jika telah ditulis sebelumnya untuk apa perlu lagi mengulangi menulisnya semula. Begitu juga jika muddai’e telah terlebih dahulu menulis dakwaanya dan menyerahkan kepada penulis berkenaan, maka tidak perlu lagi diulangi menulisnya semula di majlis al-qadha’.

Berdasarkan hujjah di atas, BOLEH disimpulkan bahawa –

i. Dakwaan BOLEH dibuat samaada BERTULIS atau LISAN.
ii. BOLEH ditulis oleh penulis mahkamah sebelum Majlis Qadha’.
iii. BOLEH ditulis oleh Mudda’ie sebelum Majlis Qadha’.
iv. BOLEH dibuat secara LISAN semasa Majlis Qadha’ kepada Hakim dan dicatat oleh penulis Mahkamah tanpa mengubah ayat Mudda’ie.

CARA MEMULAKAN PROSIDING BERTULIS -TIGA (3)
1. SAMAN–Setiap prosiding mal hendaklah dimulakan dengan saman. – Seksyen 7 (1)
2. PERMOHONAN – Jadual Kedua . – Seksyen 7 (2) antaranya -  Anggapan kematian- Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan bagi orang yg belum dewasa – Perintah untuk mengetepikan, dan injunksi yg menghalang pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah.
3.    KES KHAS – Contoh, Permohonan perceraian dimulakan dengan Saman dan Akuan . – Seksyen 15

TUNTUTAN DAN PEMBELAAN LISAN BOLEH dibenarkan mengikut BUDIBICARA
Seksyen 16 ETMMS 2003 -
(1). Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, mengikut  budibicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:

Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambilkira kehendak Enakmen ini yang berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

     (2) Mahkamah hendaklah menyampaikan satu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.

ASAS DAKWAAN

قوله : (( وشرط للدعوى الخ )) اعلم أنه يشترط لصحة كل دعوى سواء بدم أم بغيره ، كغصب وسرقة وإتلاف مال ستة شروط : الأول أن تكون مفصلة بأن يفصل المدعى ما يدعيه . وتفصيله يختلف بإختلاف المدعى به.
 Maksudnya: “Matan: (dan disyaratkan bagi menjadikan sesuatu dakwaan itu sah sehingga boleh boleh didengar oleh Qadhi dan diperlukan jawapan dari mudda’a alaih)) ketahui lah bahawa sesungguhnya disyaratkan 6 syarat bagi menjadikan setiap dakwaan sah sama ada dakwaan yang berkait dengan darah (bunuh balas) atau selainnya seperti merompak, mencuri dan merosakkan harta. Pertamanya; hendaklah dakwaan itu mufassilah (terperinci) di mana al-muddai’e memperincikan apa yang didakwanya. Pendetailannya berbeza dengan dengan berbezanya perkara yang dituntut (dida’wa)”.  – Kitab Hasyiah I’anat al-Talibin, Juz 4, hlm. 508;

PERNYATAAN TUNTUTAN
Hendaklah disertakan PERNYATAAN TUNTUTAN (PT) berdasarkan Seksyen 63– Seksyen 8 (b)-
PT Hendaklah di tandatangani oleh Plaintif  atau Peguam Syarienya dan–

i-   pernyataan RINGKAS LAGI PADAT, perenggan bernombor tentang fakta dan tunjukkan kausa termasuk bukti sifat-sifat khas;
ii-  Butir-butir mencukupi;
iii- relief yang dituntut; dan
iv-  apa-apa permohonan lain.

Jika lebih dari satu – nyatakan secara berasingan. - Seksyen 63

Saman DAN Penyataan Tuntutan BOLEH ditolak atau diarahkan supaya dipinda. – Seksyen 10(2) dan Seksyen 70.

PERMASALAHAN
Apakah maksud RINGKAS LAGI PADAT ? “a concise statements” ???

Kamus Dewan Edisi Keempat –
Ringkas – tidak panjang, pendek, padat , singkat (cerita, karangan dll) pendek dan padat (keterangan dll).
Lagi- 1. tambahan kepada yang sedia ada. 3. dan, serta, tambahan pula. 6. kata-kata yang digunakan untuk menguatkan dan mengeraskan kata-kata.
Padat – 1. penuh, rapat sekali (isinya, kandungan,susunannya, dll . 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll) berisi, bernas.

KENAPA PERLU JELAS DAN TERPERINCI ?????
Di dalam Matan Fathul Muin dalam kitab DAN di mukasurat yang sama dinyatakan sebabnya seperti berikut:-

(( وشرط للدعوى )) أي لصحته حتى تسمع وتحوج إلى الجواب
Maksudnya: “(disyaratkan bagi sesuatu dakwaan) bagi menjadikannya sah sehingga boleh didengar oleh hakim dan diperlukan jawapan dari mudda’a alaih”.

APAKAH KEPERLUAN YANG PERLU DINYATAKAN DI DALAM SESUATU PERNYATAAN TUNTUTAN BAGI MEMENUHI SYARAT DAKWAAN ????

CONTOH DAKWAAN
Dalam kitab tersebut juga diberikan contoh bagaimana dakwaan yang dibuat secara mufassilah:-
 
(( و )) في الدعوى (( بنكاح )) على إمرأة ذكر صحته وشروطه من نحو (( ولي وشاهدين عدول )) ورضاها إن شرط بأن كانت غير مجبرة ، فلا يكفى فيه الإطلاق
Maksudnya: “dan dalam dakwaan pernikahan (seseorang lelaki  ke atas seseorang perempuan ) disyaratkan  sehingga boleh didengar dan dijawab oleh  perempuan itu hendaklah dinyatakan sahnya pernikahan itu dan dinyatakan syarat-syarat pernikahan diantaranya wali, 2 orang saksi yang adil dan jika disyaratkan reda ( izin) bagi perempuan yang bukan mujbir ( seperti janda ), juga hendaklah dinyatakan (syarat-syarat telah dipenuhi). Tidak memadai pada dakwaan nikah tanpa menyebut syarat-syaratnya telah dipenuhi”.

PEMBELAAN
Kitab Raudat al-Talibin, Juz 12, hlm. 19-20, Imam Nawawi di bawah Bab Menjawab Dakwaan berkata seperti berikut:-

جواب المدعى عليه إقرار ، أو إنكار ، وأصر على السكوت ، جعل كالمنكر الناكل ، فترد اليمين على المدعى
Maksudnya: "Jawapan pihak mudda'a alaih (pihak yang kena tuntut) adalah sama ada Iqrar (pengakuan) atau penafian. Sekiranya dia berdiam diri, dan tetap kekal atas berdiam diri (dari menjawab sama ada mengakui atau menafikan dakwaan), maka dijadikan berdiam diri itu sama seperti kemungkiran orang yang nukul (yakni enggan bersumpah apabila di minta oleh pihak yang menuntut). Oleh itu dikembalikan sumpah tersebut kepada pihak yang menuntut".

Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di mukasurat 140 –

إذا أقر المدعى عليه، كتب القاضي إقراره بلفظه لا يزيد فيه ولا ينقص منه ، وأمره بأداء ما أقر به. أما اذا أنكر المدعى عليه فإن القاضي يثبت انكاره في الرقعة التي أثبت فيها دعوى المدعي ، على أن يكون كتابة انكاره بنفس ألفاظه بلا زيادة ولا نقصان .
Maksudnya: “Apabila mudda’a alaih membuat pengakuan (iqrar), maka hakim hendaklah mencatat iqrarnya dengan lafaz mudda’a alaih sendiri tanpa ditambah atau dikurangkanya. Kemudian hakim hendaklah memerintahkan mudda’a alaih melaksanakan apa yang diiqrarkanya. Adapun apabila Mudda’a Alaih menafikan dakwaan Muddai’e, maka Qadhi hendaklah merekodkan di dalam kertas yang sama dengan kertas yang ditulis padanya dakwaan mudda’ie tanpa menambah atau menguranginya.

Defendan Hendaklah menyatakan PEMBELAAN– Seksyen 64 iaitu di dalam Borang MS 16 dan di dalam salah satu daripada DUA (2) keadaan berikut iaitu–

a. Sebelum hari kehadiran: atau
b. Pada hari sebutan dan pertikaikan tuntutan PLaintif. Mahkamah BOLEH perintah Defendan fail pembelaan dalam tempoh tertentu.

Hendaklah ditandatangani oleh Defendan @ Peguam Syarienya dan –

a. MENGAKU @ MENAFIKAN fakta yang material;
b. TIDAK BOLEH mengelak;
c. Nyatakan RINGKAS LAGI PADAT fakta yang disandarkan; dan
d. Bangkitkan dengan RINGKAS LAGI PADAT apa-apa perkara undang-undang.-Seksyen 65

TUNTUTAN BALAS
Hendaklah mengandungi perkara dan butir sama seperti PT; hendaklah ditandatangani oleh Defendan @ Peguam Syarienya.- Seksyen 66.

TIDAK BOLEH terhadap orang yang BUKAN pihak

Mahkamah BOLEH beri kebenaran P failkan JAWAPAN KEPADA PEMBELAAN dan Defendan failkan Jawapan kepada Tuntutan Balas.- Seksyen 69

Tatacara Perbicaraan

BAGAIMANA PROSES PERBICARAAN AKAN DIJALANKAN JIKA DEFENDAN MEMBUAT IQRAR DAN PENGAKUAN TERHADAP DAKWAAN PLAINTIF ????
Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di mukasurat 140

إذا أقر المدعى عليه، كتب القاضي إقراره بلفظه لا يزيد فيه ولا ينقص منه ، وأمره بأداء ما أقر به. أما اذا أنكر المدعى عليه فإن القاضي يثبت انكاره في الرقعة التي أثبت فيها دعوى المدعي ، على أن يكون كتابة انكاره بنفس ألفاظه بلا زيادة ولا نقصان .
Maksudnya: “Apabila mudda’a alaih membuat pengakuan (iqrar), maka hakim hendaklah mencatat iqrarnya dengan lafaz mudda’a alaih sendiri tanpa ditambah atau dikurangkanya. Kemudian hakim hendaklah memerintahkan mudda’a alaih melaksanakan apa yang diiqrarkanya. 

Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.
(1) Tertakluk kepada subseksyen 17(2) tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau sebelum pendengaran itu mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan di bawah tandatangan mereka, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuat kuasa, mereka disifatkan telah mengakuinya dengan pliding mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain daripada dengan iqrar sedemikian.

BILAKAH KETERANGAN SAKSI AKAN DIAMBIL ????
Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di mukasurat 140

. ثم يسأل القاضي المدعي قائلا : هل لك بينة على دعواك ؟ فإن كانت له بين حاضرة وطلب المدعي من القاضي سماعها ، سمعها القاضي في الحال ، وإن استمهل لإحضارها أمهله القاضي المدة المناسبة .
Maksudnya: Kemudian selepas itu Qadhi hendaklah bertanya pihak Muddai’e dengan pertanyaan: ((adakah kamu mempunyai baiyyinah atas dakwaan kamu?)). Sekiranya dia mempunyai bayyinah yang hadir dan pihak Muddai’e meminta Qadhi mendengarnya, maka Qadhi hendaklah mendengarnya pada masa itu juga. Jika mudda’ie meminta penangguhan dengan tujuan membawa bayyinah, hakim hendaklah menangguhkan ke satu tarikh yang munasabah

SIAPA SAKSI YANG DIMAKSUDKAN ????????

saksitidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;

Setiap perkataan yang diutarakan oleh orang yang mendakwa adalah suatu dakwaan sahaja secara prinsipnya dan ianya bukan sebahagian kesaksian sebagaimana yang termaklum walaupun ulama’ ada membincangkan berkaitan penerimaan dakwaan berdasarkan kepada perkataan pendakwa sahaja tanpa sebarang kesaksian.

Mohd Salleh Hj Ahmad, Sistem Kehakiman Islam, Jilid 2, Pustaka Haji Abdul Majid, 1997, halaman 105.

Maknanya...Plaintif, Defendan atau Tertuduh TIDAK BOLEH memberi keterangan lisan sebagai saksi..jika keterangan lisan diambil sekalipun ianya adalah bersifat dakwaan Plaintif semata-mata yang disampaikan secara lisan.

  SEKSYEN 126 ETMMS 2003. -  (1) Tertakluk kepada subseksyen (2)

(a)  plaintif hendaklah memulakan dengan membuka kesnya;dan

(b)  setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan apa-apa keterangan, membuka kesnya.

(2)  Hakim yang di hadapannya suatu tindakan didengar boleh memberi arahan tentang pihak yang akan memulakan dan susunan ucapan pada perbicaraan itu, dan tertakluk kepada apa-apa arahan sedemikian, pihak yang akan memulakan hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan kesnya.

(3)  Apabila plaintif telah mengemukakan semua keterangan bagi kesnya, Hakim hendaklah memanggil defendan untuk mengemukakan keterangan bagi menjawab tuntutan plaintif, dan dalam hal sedemikian defendan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak mengemukakan keterangan atau mengemukakan hujah bahawa tiada kes perlu dijawab.

PILIHAN PERTAMA DEFENDAN – KEMUKA KETERANGAN

(4)  Jika defendan memilih untuk mengemukakan keterangan, Hakim hendaklah merekodkan keterangan yang dikemukakan sedemikian, dan setelah defendan memberikan semua keterangan bagi pihaknya, Hakim hendaklah meminta defendan membuat penghujahan untuk menutup kesnya.

(5)  Apabila defendan telah menutup kesnya, Hakim hendaklah meminta plaintif mengemukakan hujahnya untuk menjawab hujah defendan dan untuk menutup kesnya.

(6)  Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini tetapi tertakluk kepada subseksyen (7) dan (8), Hakim boleh memerintahkan mana-mana pihak supaya mengemukakan hujah bertulis mengikut apa-apa susunan dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkannya.

PILIHAN KEDUA DEFENDAN – TIDAK KEMUKA KETERANGAN

(7)  Jika defendan memilih untuk tidak mengemukakan apa-apa keterangan tetapi memilih untuk mengemukakan hujah bahawa tiada kes untuk dijawab, Hakim hendaklah—

(a)  merekodkan penghujahan defendan; dan

(b)  mengarahkan defendan mengangkat sumpah menafikan
tuntutan plaintif, dan jika defendan enggan mengangkat sumpah sedemikian, Hakim hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8), membuang kes defendan dan membenarkan tuntutan plaintif. 

(8)  Sebelum Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif di bawah subseksyen (7), Mahkamah hendaklah—

(a)  mendengar dan merekodkan penghujahan plaintif dalam menutup kesnya; dan

(b)  mengarahkan plaintif mengangkat sumpah mengakui
kebenaran tuntutannya, dan jika plaintif enggan mengangkat sumpah sedemikian, Mahkamah hendaklah membuang kesnya.

BAGAIMANAKAH PROSES PERBICARAAN SEKIRANYA PLAINTIF TIDAK MEMPUNYAI SAKSI ????

جاء رجل من حضر موت ورجل من كندة إلى النبي صلى الله عليه وسلم : فقال الحضرمى : يا رسول الله إن هذا غلبي على أرض لي. فقال الكندي : هي أرضي وفي يدي ليس له فيها حق . فقال النبي للحضرمي (ألك بينة ؟ ) قال : لا . قال : ( فلك يمينه ) قال : يا رسول الله، إن الرجل فاجر لا يبالى على ما حلف عليه، وليس يتورع من شيئ ، فقال ( ليس لك منه إلا ذلك )
[ Sunan al-Tirmidzi, Jilid 3, hlm. 625 ]
Maksudnya: "Seorang lelaki dari Hadramaut dan seorang lelaki dari Kindah telah datang menemui Rasulullah s.a.w, kemudian lelaki dari Hadramaut itu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhna lelaki ini telah merampas tanah kepunyaaanku. Lalu jawab lelaki dari Kindah: Tanah itu kepunyaanku dan ia ada dipenguasaanku dan tiada baginya hak ke atas tanah itu. Lalu Nabi s.a.w berkata kepada lelaki dari Hadramaut itu: "adakah engkau mempunyai bayyinah" jawab lelaki Hadramaut: tidak ada. Nabi berkata kepada lelaki Hadramaut: "kalau begitu, bagi engkau sumpahnya (boleh memintanya bersumpah menafikannya)". Mendengar jawapan Nabi itu, lelaki dari Hadramaut itu berkata: wahai Rasulullah, sesungguhnya lelaki itu seorang yang buruk perangainya; ia tidak kisah kalau diminta bersumpah (sanggup bersumpah walaupun tidak benar), dan dia bukan seorang yang menjauhkan dirinya dari dosa. Jawab Nabi: "tiada bagi engkau darinya melainkan demikian (yakni minta dia bersumpah)

BAGAIMANAKAH PROSES PERBICARAAN SEKIRANYA DEFENDAN MENDIAMKAN DIRI???

Kitab Raudat al-Talibin, Juz 12, hlm. 19-20, Imam Nawawi berkata seperti berikut:-

وأصر على السكوت ، جعل كالمنكر الناكل ، فترد اليمين على المدعى
Maksudnya: “Sekiranya dia berdiam diri, dan tetap kekal atas berdiam diri (dari menjawab sama ada mengakui atau menafikan dakwaan), maka dijadikan berdiam diri itu sama seperti kemungkiran orang yang nukul (yakni enggan bersumpah apabila di minta oleh pihak yang menuntut). Oleh itu dikembalikan sumpah tersebut kepada pihak yang menuntut"

 Bandingkan dengan yang ini ... Arahan Amalan No. 17 Tahun 2006

Cara mengambil keterangan di Mahkamah Syariah dalam perbicaraan penuh hendaklah dengan mendengar secara lengkap keterangan Plaintif, Defendan dan saksi-saksi melalui proses soal utama, soal balas dan soal semula berdasarkan pliding masing-masing.

Fikirkan ??

Isnin, 5 September 2011

Keterangan

DEFINISI
Keterangan atau al Bayyinah dalam bahasa Arab memberi erti dalil atau hujah, mu’annath al bayyin, jama’nya al Bayyinat ertinya jelas, terang dan nyata.
Menurut Istilah ada 3 pandangan fuqaha’-

i- al Bayyinah bermaksud Syahadah (kesaksian) dan syuhud (saksi-saksi) kerana dengan mereka ternyatalah hak yang didakwa, atau kerana yang ghalibnya pada al Bayyinah itu adalah syahadah, sebab berlakunya keterangan dengan kata-kata saksi dan terangkatlah kesamaran dengan kesaksian mereka..[Hanafiyyah,Malikiyyah,Syafi’iyyah dan Hanabilah ]

ii- al Bayyinah bermaksud nama bagi sesuatu yang menerang dan menyatakan yang hak. Setiap dalil, hujah atau wasilah yang boleh membuktikan hak-hak dan dizahirkannya hadapan Hakim, ia adalah Bayyinah. Ianya selari dengan makna Bayyinah dari segi bahasa dan sama dengan makna Ithbat...    [Ibn Farhun, Ibn al Qayyim]

iii- al Bayyinah merangkumi saksi-saksi dan maklumat hakim kerana yang sebenarnya hak itu ternyata dengan kedua-dua ini sahaja.          [ Ibn Hazm ]

[Ithbat bermaksud menegak hujah atau mengemukakan bukti. Dalam istilah kehakiman diertikan sebagai “ mengemukakan bukti kepada Mahkamah melalui cara-cara yang ditentukan oleh Syara’, ke atas sesuatu hak atau peristiwa atau kes, yang akan berlaku ke atasnya kesan-kesan hukum Syara’ ]

UNDANG-UNDANG
keterangan” termasuklah—

(a)  bayyinah dan syahadah;

(b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara-perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;

(c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar.

“Bayyinah” ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah;

“syahadah” ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz 'asyhadu untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;

HUKUM MEMBERI KETERANGAN
1. Wajib apabila di minta.

- Surah an Nisaa’; ayat 135

- Surah al Baqarah : ayat 283


2. Fardhu Kifayah dalam kes-kes bukan hudud. Khilaf ulama’ dalam kes-kes hudud.
  
DALIL

Surah al Hujuraat, ayat 6

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, Jika kepada kamu  seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu   ( mengenainya ) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Surah al Hadid, ayat 25

Maksudnya : Demi sesungguhnya, Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan supaya manusia dapat menjalankan keadilan…

PRINSIP ASAS / KAEDAH
  
  1. Asal Sesuatu Itu Tidak ada.
  2. Pada asalnya sifat mendatang tidak wujud.
  3. Pada asalnya seseorang itu bebas daripada sebarang tanggunggan.
  4. Keterangan atas Yang Mendakwa dan sumpah atas Yang Ingkar
Umi Salamah berkata , bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda , “ Kamu telah bertikai dihadapanku, mungkin ada di antara kamu yang lebih petah berhujah (memberikan keterangan) daripada yang lain, lalu aku menghukum berdasarkan apa-apa yang aku dengar daripadanya: Sesiapa yang telah aku hukumkan (berikan) baginya hak saudaranya sesuatu (yang tidak berhak lantaran hujahnya yang petah), jangan ia mengambilnya, kerana aku telah memotong baginya sekeping api neraka.

KEPENTINGAN PEMBUKTIAN
Hukuman secara tidak langsung supaya pihak yang di dakwa menunaikan kewajipannya.

Membuktikan kekuatan dakwaan. Jika lemah akan akibatkan hilang hak.

Memberi jalan ataupun panduan kepada Hakim dalam membezakan pihak yang bertikai dan tuntutan bayyinah ke atas dakwaan yang dikemukakan oleh salah seorang pihak bertikai.

Memastikan bahawa keterangan yang dikemukakan berada di peringkat, yakin, zan, syak ataupun waham.

BEBAN PEMBUKTIAN

Taklif atau membebankan salah seorang daripada pihak yang bertikai mengemukakan hujah dan bukti atau keterangan di atas dakwaannya.

Keterangan yang mesti dikemukakan terhadap sesuatu kes atau setakat mana “tahap pembuktian“ yang diperlukan untuk mensabitkan sesuatu kes dalam Islam.

Pada prinsipnya terletak pada pihak yang mengemukakan kes.

Menentukan sekadar manakah sesuatu keterangan itu diperlukan untuk membolehkan disabit sesuatu tuntutan atau kesalahan.

UNDANG-UNDANG

72. Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta (al-mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-Muda’a ‘alaih)

77. Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [Sel. En. 9/1995] terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak ada.

73. (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.

74. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan gagal tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana pihak.

75. Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta itu

76. Beban membuktikan apa-apa fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang lain, terletak pada orang yang berhasrat memberikan keterangan itu.

78. Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana orang, maka beban membuktikan fakta itu terletak padanya.

79. Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun, maka beban membuktikan yang dia telah mati terletak pada orang yang menegaskannya.

80. Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.

81. Apabila soalnya ialah sama ada mana-mana orang ialah pemunya apa-apa jua benda yang dibuktikan sebagai ada dalam miliknya, beban membuktikan bahawa dia bukanlah pemunya benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya.

TAHAP PEMBUKTIAN

Yakin : 100%
Pasti ia adalah benar berlaku. Dalam sesetengah kes, ia merujuk kepada tahap irresistable conclusion.

Zan al-ghalib : 90% - 99%
Besar Kemungkinan atau berat sangka atau tanpa keraguan yang munasabah ia adalah benar.

Zan : 51% - 89 %
Sangkaan atau dalam keadaan tidak pasti tetapi mirip kepada benar.

Syak : 50 % di kedua-dua belah pihak
Sangkaan atau keadaan tidak pasti di antara sabit persamaan kemungkinan di antara benar dengan salah atau tidak dapat untuk dipilih di antara dua kerana persamaan tahap kemungkinannya

Waham : bawah 50 %
Sangkaan atau keadaan tidak pasti  yang lebih mirip  kepada salah.


SIAPA YANG BOLEH BERI KETERANGAN ????????


saksi” tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;

Setiap perkataan yang diutarakan oleh orang yang mendakwa adalah suatu dakwaan sahaja secara prinsipnya dan ianya bukan sebahagian kesaksian sebagaimana yang termaklum walaupun ulama’ ada membincangkan berkaitan penerimaan dakwaan berdasarkan kepada perkataan pendakwa sahaja tanpa sebarang kesaksian.

Mohd Salleh Hj Ahmad, Sistem Kehakiman Islam, Jilid 2, Pustaka Haji Abdul Majid, 1997, halaman 105.

Maknanya...Plaintif, Defendan atau Tertuduh TIDAK BOLEH memberi keterangan lisan sebagai saksi..jika keterangan lisan diambil sekalipun ianya adalah bersifat dakwaan Plaintif semata-mata yang disampaikan secara lisan.

Ibn Mukhtar
6.9.2011