PRINSIP ASAS DAKWAAN
Maksudnya: “Matan: (dan disyaratkan bagi menjadikan sesuatu dakwaan itu sah sehingga boleh boleh didengar oleh Qadhi dan diperlukan jawapan dari mudda’a alaih)) ketahui lah bahawa sesungguhnya disyaratkan 6 syarat bagi menjadikan setiap dakwaan sah sama ada dakwaan yang berkait dengan darah (bunuh balas) atau selainnya seperti merompak, mencuri dan merosakkan harta. Pertamanya; hendaklah dakwaan itu mufassilah (terperinci) di mana al-muddai’e memperincikan apa yang didakwanya. Pendetailannya berbeza dengan dengan berbezanya perkara yang dituntut (dida’wa)”. – Kitab Hasyiah I’anat al-Talibin, Juz 4, hlm. 508;
i- pernyataan RINGKAS LAGI PADAT, perenggan bernombor tentang fakta dan tunjukkan kausa termasuk bukti sifat-sifat khas;
ii- Butir-butir mencukupi;
iii- relief yang dituntut; dan
iv- apa-apa permohonan lain.
a. Sebelum hari kehadiran: atau
b. Pada hari sebutan dan pertikaikan tuntutan PLaintif. Mahkamah BOLEH perintah Defendan fail pembelaan dalam tempoh tertentu.
Kiasan Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis ketika menjawab pertanyaan sahabat bagaimana mahu naik saksi. Nabi menjawab: Adakah engkau melihat matahari itu? Jawab Sahabat: ya!. Lalu jawab Nabi: atas seumpamanya (yakni seumpama jelas matahari dilihat) maka naik saksilah engkau atau mendakwa lah engkau ". Hadis tersebut adalah seperti berikut –
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم قال لرجل (( ترى الشمش ؟ )) قال : نعم . قال : (( على مثلها فاشهد ، أو دع ))
[ Subul Al-Salam, Juz 3-4, Halaman 1481
Kamus Besar Bahasa Melayu Susunan Haji Zainal Abidin Safarwan, terbitan Utusan Publications Distributions Sdn. Bhd., terbitan Pertama 1995 dalam muka surat 93 dinyatakan bahawa perkataan “atau” diertikan sebagai “pilihan”.
Kamus Dewan Edisi Baru, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1993 dalam muka surat 64, perkataan “atau” membawa maksud (1. kata yang digunakan untuk menunjukkan atau menyatakan) 2. salah satu di antara beberapa hal (barang, perbuatan dll).
Bersesuaian dengan peruntukan Seksyen 3 EKMS 2003- “saksi” tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;
TUNTUTAN DAN PEMBELAAN
Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di mukasurat 139 menulis bahawa -
ثم يسأل القاضي المدعي عن دعواه ويأمر كاتبه بكتابتها في رقعة بنفس ألفاظ المدعي بلا زيادة ولا نقصان ، وهذا اذا لم يكن الكاتب قد كتب دعوى المدعي قبل دخول مجلس القضاء ، اذ لو كان قد كتبها من قبل لما كانت حاجة في اعادة كتابتها ، وكذا اذا كان المدعي قد قدم دعواه مكتوبة وسلمها الى الكاتب ، فلا حاجة الى اعادة كتابتها في مجلس القضاء.
Maksudnya: “kemudian, Qadhi bertanya muddai’e berkenaan dakwaannya dan mengarahkan penulisnya menulis dakwaan muddai’e di dalam suatu kertas dengan lafaz muddai’e sendiri tanpa menambah atau mengurangkan sesuatu pun. Menulis dakwaan ini hanya sekiranya kerani itu belum menulis dakwaan muddai’e sebelum dia memasuki majlis al-qadha’ kerana jika telah ditulis sebelumnya untuk apa perlu lagi mengulangi menulisnya semula. Begitu juga jika muddai’e telah terlebih dahulu menulis dakwaanya dan menyerahkan kepada penulis berkenaan, maka tidak perlu lagi diulangi menulisnya semula di majlis al-qadha’.
Berdasarkan hujjah di atas, BOLEH disimpulkan bahawa –
i. Dakwaan BOLEH dibuat samaada BERTULIS atau LISAN.
ii. BOLEH ditulis oleh penulis mahkamah sebelum Majlis Qadha’.
iii. BOLEH ditulis oleh Mudda’ie sebelum Majlis Qadha’.
iv. BOLEH dibuat secara LISAN semasa Majlis Qadha’ kepada Hakim dan dicatat oleh penulis Mahkamah tanpa mengubah ayat Mudda’ie.
CARA MEMULAKAN PROSIDING BERTULIS -TIGA (3)
1. SAMAN–Setiap prosiding mal hendaklah dimulakan dengan saman. – Seksyen 7 (1)
2. PERMOHONAN – Jadual Kedua . – Seksyen 7 (2) antaranya - Anggapan kematian- Keizinan untuk melangsungkan perkahwinan bagi orang yg belum dewasa – Perintah untuk mengetepikan, dan injunksi yg menghalang pelupusan harta untuk mengecewakan tuntutan nafkah.
3. KES KHAS – Contoh, Permohonan perceraian dimulakan dengan Saman dan Akuan . – Seksyen 15
TUNTUTAN DAN PEMBELAAN LISAN BOLEH dibenarkan mengikut BUDIBICARA
Seksyen 16 ETMMS 2003 -
(1). Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, mengikut budibicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:
Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambilkira kehendak Enakmen ini yang berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Mahkamah hendaklah menyampaikan satu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.
ASAS DAKWAAN
قوله : (( وشرط للدعوى الخ )) اعلم أنه يشترط لصحة كل دعوى سواء بدم أم بغيره ، كغصب وسرقة وإتلاف مال ستة شروط : الأول أن تكون مفصلة بأن يفصل المدعى ما يدعيه . وتفصيله يختلف بإختلاف المدعى به.
PERNYATAAN TUNTUTAN
Hendaklah disertakan PERNYATAAN TUNTUTAN (PT) berdasarkan Seksyen 63– Seksyen 8 (b)-
PT Hendaklah di tandatangani oleh Plaintif atau Peguam Syarienya dan–
i- pernyataan RINGKAS LAGI PADAT, perenggan bernombor tentang fakta dan tunjukkan kausa termasuk bukti sifat-sifat khas;
ii- Butir-butir mencukupi;
iii- relief yang dituntut; dan
iv- apa-apa permohonan lain.
Jika lebih dari satu – nyatakan secara berasingan. - Seksyen 63
Saman DAN Penyataan Tuntutan BOLEH ditolak atau diarahkan supaya dipinda. – Seksyen 10(2) dan Seksyen 70.
PERMASALAHAN
Apakah maksud RINGKAS LAGI PADAT ? “a concise statements” ???
Kamus Dewan Edisi Keempat –
Ringkas – tidak panjang, pendek, padat , singkat (cerita, karangan dll) pendek dan padat (keterangan dll).
Lagi- 1. tambahan kepada yang sedia ada. 3. dan, serta, tambahan pula. 6. kata-kata yang digunakan untuk menguatkan dan mengeraskan kata-kata.
Padat – 1. penuh, rapat sekali (isinya, kandungan,susunannya, dll . 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll) berisi, bernas.
Lagi- 1. tambahan kepada yang sedia ada. 3. dan, serta, tambahan pula. 6. kata-kata yang digunakan untuk menguatkan dan mengeraskan kata-kata.
Padat – 1. penuh, rapat sekali (isinya, kandungan,susunannya, dll . 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll) berisi, bernas.
KENAPA PERLU JELAS DAN TERPERINCI ?????
Di dalam Matan Fathul Muin dalam kitab DAN di mukasurat yang sama dinyatakan sebabnya seperti berikut:-
(( وشرط للدعوى )) أي لصحته حتى تسمع وتحوج إلى الجواب
Maksudnya: “(disyaratkan bagi sesuatu dakwaan) bagi menjadikannya sah sehingga boleh didengar oleh hakim dan diperlukan jawapan dari mudda’a alaih”.
APAKAH KEPERLUAN YANG PERLU DINYATAKAN DI DALAM SESUATU PERNYATAAN TUNTUTAN BAGI MEMENUHI SYARAT DAKWAAN ????
CONTOH DAKWAAN
Dalam kitab tersebut juga diberikan contoh bagaimana dakwaan yang dibuat secara mufassilah:-
(( و )) في الدعوى (( بنكاح )) على إمرأة ذكر صحته وشروطه من نحو (( ولي وشاهدين عدول )) ورضاها إن شرط بأن كانت غير مجبرة ، فلا يكفى فيه الإطلاق
Maksudnya: “dan dalam dakwaan pernikahan (seseorang lelaki ke atas seseorang perempuan ) disyaratkan sehingga boleh didengar dan dijawab oleh perempuan itu hendaklah dinyatakan sahnya pernikahan itu dan dinyatakan syarat-syarat pernikahan diantaranya wali, 2 orang saksi yang adil dan jika disyaratkan reda ( izin) bagi perempuan yang bukan mujbir ( seperti janda ), juga hendaklah dinyatakan (syarat-syarat telah dipenuhi). Tidak memadai pada dakwaan nikah tanpa menyebut syarat-syaratnya telah dipenuhi”.
PEMBELAAN
Kitab Raudat al-Talibin, Juz 12, hlm. 19-20, Imam Nawawi di bawah Bab Menjawab Dakwaan berkata seperti berikut:-
جواب المدعى عليه إقرار ، أو إنكار ، وأصر على السكوت ، جعل كالمنكر الناكل ، فترد اليمين على المدعى
Maksudnya: "Jawapan pihak mudda'a alaih (pihak yang kena tuntut) adalah sama ada Iqrar (pengakuan) atau penafian. Sekiranya dia berdiam diri, dan tetap kekal atas berdiam diri (dari menjawab sama ada mengakui atau menafikan dakwaan), maka dijadikan berdiam diri itu sama seperti kemungkiran orang yang nukul (yakni enggan bersumpah apabila di minta oleh pihak yang menuntut). Oleh itu dikembalikan sumpah tersebut kepada pihak yang menuntut".
Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di mukasurat 140 –
إذا أقر المدعى عليه، كتب القاضي إقراره بلفظه لا يزيد فيه ولا ينقص منه ، وأمره بأداء ما أقر به. أما اذا أنكر المدعى عليه فإن القاضي يثبت انكاره في الرقعة التي أثبت فيها دعوى المدعي ، على أن يكون كتابة انكاره بنفس ألفاظه بلا زيادة ولا نقصان .
Maksudnya: “Apabila mudda’a alaih membuat pengakuan (iqrar), maka hakim hendaklah mencatat iqrarnya dengan lafaz mudda’a alaih sendiri tanpa ditambah atau dikurangkanya. Kemudian hakim hendaklah memerintahkan mudda’a alaih melaksanakan apa yang diiqrarkanya. Adapun apabila Mudda’a Alaih menafikan dakwaan Muddai’e, maka Qadhi hendaklah merekodkan di dalam kertas yang sama dengan kertas yang ditulis padanya dakwaan mudda’ie tanpa menambah atau menguranginya.
Defendan Hendaklah menyatakan PEMBELAAN– Seksyen 64 iaitu di dalam Borang MS 16 dan di dalam salah satu daripada DUA (2) keadaan berikut iaitu–
a. Sebelum hari kehadiran: atau
b. Pada hari sebutan dan pertikaikan tuntutan PLaintif. Mahkamah BOLEH perintah Defendan fail pembelaan dalam tempoh tertentu.
Hendaklah ditandatangani oleh Defendan @ Peguam Syarienya dan –
a. MENGAKU @ MENAFIKAN fakta yang material;
b. TIDAK BOLEH mengelak;
c. Nyatakan RINGKAS LAGI PADAT fakta yang disandarkan; dan
d. Bangkitkan dengan RINGKAS LAGI PADAT apa-apa perkara undang-undang.-Seksyen 65
a. MENGAKU @ MENAFIKAN fakta yang material;
b. TIDAK BOLEH mengelak;
c. Nyatakan RINGKAS LAGI PADAT fakta yang disandarkan; dan
d. Bangkitkan dengan RINGKAS LAGI PADAT apa-apa perkara undang-undang.-Seksyen 65
TUNTUTAN BALAS
Hendaklah mengandungi perkara dan butir sama seperti PT; hendaklah ditandatangani oleh Defendan @ Peguam Syarienya.- Seksyen 66.
TIDAK BOLEH terhadap orang yang BUKAN pihak
Mahkamah BOLEH beri kebenaran P failkan JAWAPAN KEPADA PEMBELAAN dan Defendan failkan Jawapan kepada Tuntutan Balas.- Seksyen 69
Tiada ulasan:
Catat Ulasan