Selasa, 6 September 2011

Tatacara Perbicaraan

BAGAIMANA PROSES PERBICARAAN AKAN DIJALANKAN JIKA DEFENDAN MEMBUAT IQRAR DAN PENGAKUAN TERHADAP DAKWAAN PLAINTIF ????
Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di mukasurat 140

إذا أقر المدعى عليه، كتب القاضي إقراره بلفظه لا يزيد فيه ولا ينقص منه ، وأمره بأداء ما أقر به. أما اذا أنكر المدعى عليه فإن القاضي يثبت انكاره في الرقعة التي أثبت فيها دعوى المدعي ، على أن يكون كتابة انكاره بنفس ألفاظه بلا زيادة ولا نقصان .
Maksudnya: “Apabila mudda’a alaih membuat pengakuan (iqrar), maka hakim hendaklah mencatat iqrarnya dengan lafaz mudda’a alaih sendiri tanpa ditambah atau dikurangkanya. Kemudian hakim hendaklah memerintahkan mudda’a alaih melaksanakan apa yang diiqrarkanya. 

Seksyen 45. Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan.
(1) Tertakluk kepada subseksyen 17(2) tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau sebelum pendengaran itu mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan di bawah tandatangan mereka, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuat kuasa, mereka disifatkan telah mengakuinya dengan pliding mereka.

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain daripada dengan iqrar sedemikian.

BILAKAH KETERANGAN SAKSI AKAN DIAMBIL ????
Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di mukasurat 140

. ثم يسأل القاضي المدعي قائلا : هل لك بينة على دعواك ؟ فإن كانت له بين حاضرة وطلب المدعي من القاضي سماعها ، سمعها القاضي في الحال ، وإن استمهل لإحضارها أمهله القاضي المدة المناسبة .
Maksudnya: Kemudian selepas itu Qadhi hendaklah bertanya pihak Muddai’e dengan pertanyaan: ((adakah kamu mempunyai baiyyinah atas dakwaan kamu?)). Sekiranya dia mempunyai bayyinah yang hadir dan pihak Muddai’e meminta Qadhi mendengarnya, maka Qadhi hendaklah mendengarnya pada masa itu juga. Jika mudda’ie meminta penangguhan dengan tujuan membawa bayyinah, hakim hendaklah menangguhkan ke satu tarikh yang munasabah

SIAPA SAKSI YANG DIMAKSUDKAN ????????

saksitidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh;

Setiap perkataan yang diutarakan oleh orang yang mendakwa adalah suatu dakwaan sahaja secara prinsipnya dan ianya bukan sebahagian kesaksian sebagaimana yang termaklum walaupun ulama’ ada membincangkan berkaitan penerimaan dakwaan berdasarkan kepada perkataan pendakwa sahaja tanpa sebarang kesaksian.

Mohd Salleh Hj Ahmad, Sistem Kehakiman Islam, Jilid 2, Pustaka Haji Abdul Majid, 1997, halaman 105.

Maknanya...Plaintif, Defendan atau Tertuduh TIDAK BOLEH memberi keterangan lisan sebagai saksi..jika keterangan lisan diambil sekalipun ianya adalah bersifat dakwaan Plaintif semata-mata yang disampaikan secara lisan.

  SEKSYEN 126 ETMMS 2003. -  (1) Tertakluk kepada subseksyen (2)

(a)  plaintif hendaklah memulakan dengan membuka kesnya;dan

(b)  setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan apa-apa keterangan, membuka kesnya.

(2)  Hakim yang di hadapannya suatu tindakan didengar boleh memberi arahan tentang pihak yang akan memulakan dan susunan ucapan pada perbicaraan itu, dan tertakluk kepada apa-apa arahan sedemikian, pihak yang akan memulakan hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan kesnya.

(3)  Apabila plaintif telah mengemukakan semua keterangan bagi kesnya, Hakim hendaklah memanggil defendan untuk mengemukakan keterangan bagi menjawab tuntutan plaintif, dan dalam hal sedemikian defendan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak mengemukakan keterangan atau mengemukakan hujah bahawa tiada kes perlu dijawab.

PILIHAN PERTAMA DEFENDAN – KEMUKA KETERANGAN

(4)  Jika defendan memilih untuk mengemukakan keterangan, Hakim hendaklah merekodkan keterangan yang dikemukakan sedemikian, dan setelah defendan memberikan semua keterangan bagi pihaknya, Hakim hendaklah meminta defendan membuat penghujahan untuk menutup kesnya.

(5)  Apabila defendan telah menutup kesnya, Hakim hendaklah meminta plaintif mengemukakan hujahnya untuk menjawab hujah defendan dan untuk menutup kesnya.

(6)  Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini tetapi tertakluk kepada subseksyen (7) dan (8), Hakim boleh memerintahkan mana-mana pihak supaya mengemukakan hujah bertulis mengikut apa-apa susunan dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkannya.

PILIHAN KEDUA DEFENDAN – TIDAK KEMUKA KETERANGAN

(7)  Jika defendan memilih untuk tidak mengemukakan apa-apa keterangan tetapi memilih untuk mengemukakan hujah bahawa tiada kes untuk dijawab, Hakim hendaklah—

(a)  merekodkan penghujahan defendan; dan

(b)  mengarahkan defendan mengangkat sumpah menafikan
tuntutan plaintif, dan jika defendan enggan mengangkat sumpah sedemikian, Hakim hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8), membuang kes defendan dan membenarkan tuntutan plaintif. 

(8)  Sebelum Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif di bawah subseksyen (7), Mahkamah hendaklah—

(a)  mendengar dan merekodkan penghujahan plaintif dalam menutup kesnya; dan

(b)  mengarahkan plaintif mengangkat sumpah mengakui
kebenaran tuntutannya, dan jika plaintif enggan mengangkat sumpah sedemikian, Mahkamah hendaklah membuang kesnya.

BAGAIMANAKAH PROSES PERBICARAAN SEKIRANYA PLAINTIF TIDAK MEMPUNYAI SAKSI ????

جاء رجل من حضر موت ورجل من كندة إلى النبي صلى الله عليه وسلم : فقال الحضرمى : يا رسول الله إن هذا غلبي على أرض لي. فقال الكندي : هي أرضي وفي يدي ليس له فيها حق . فقال النبي للحضرمي (ألك بينة ؟ ) قال : لا . قال : ( فلك يمينه ) قال : يا رسول الله، إن الرجل فاجر لا يبالى على ما حلف عليه، وليس يتورع من شيئ ، فقال ( ليس لك منه إلا ذلك )
[ Sunan al-Tirmidzi, Jilid 3, hlm. 625 ]
Maksudnya: "Seorang lelaki dari Hadramaut dan seorang lelaki dari Kindah telah datang menemui Rasulullah s.a.w, kemudian lelaki dari Hadramaut itu berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhna lelaki ini telah merampas tanah kepunyaaanku. Lalu jawab lelaki dari Kindah: Tanah itu kepunyaanku dan ia ada dipenguasaanku dan tiada baginya hak ke atas tanah itu. Lalu Nabi s.a.w berkata kepada lelaki dari Hadramaut itu: "adakah engkau mempunyai bayyinah" jawab lelaki Hadramaut: tidak ada. Nabi berkata kepada lelaki Hadramaut: "kalau begitu, bagi engkau sumpahnya (boleh memintanya bersumpah menafikannya)". Mendengar jawapan Nabi itu, lelaki dari Hadramaut itu berkata: wahai Rasulullah, sesungguhnya lelaki itu seorang yang buruk perangainya; ia tidak kisah kalau diminta bersumpah (sanggup bersumpah walaupun tidak benar), dan dia bukan seorang yang menjauhkan dirinya dari dosa. Jawab Nabi: "tiada bagi engkau darinya melainkan demikian (yakni minta dia bersumpah)

BAGAIMANAKAH PROSES PERBICARAAN SEKIRANYA DEFENDAN MENDIAMKAN DIRI???

Kitab Raudat al-Talibin, Juz 12, hlm. 19-20, Imam Nawawi berkata seperti berikut:-

وأصر على السكوت ، جعل كالمنكر الناكل ، فترد اليمين على المدعى
Maksudnya: “Sekiranya dia berdiam diri, dan tetap kekal atas berdiam diri (dari menjawab sama ada mengakui atau menafikan dakwaan), maka dijadikan berdiam diri itu sama seperti kemungkiran orang yang nukul (yakni enggan bersumpah apabila di minta oleh pihak yang menuntut). Oleh itu dikembalikan sumpah tersebut kepada pihak yang menuntut"

 Bandingkan dengan yang ini ... Arahan Amalan No. 17 Tahun 2006

Cara mengambil keterangan di Mahkamah Syariah dalam perbicaraan penuh hendaklah dengan mendengar secara lengkap keterangan Plaintif, Defendan dan saksi-saksi melalui proses soal utama, soal balas dan soal semula berdasarkan pliding masing-masing.

Fikirkan ??

Tiada ulasan: