Dr. Abdul Karim Zaidan, Nizam al-Qadha Fi Syariat al-Islami di m/s 139...
ثم يسأل القاضي المدعي عن دعواه ويأمر كاتبه بكتابتها في رقعة بنفس ألفاظ المدعي بلا زيادة ولا نقصان ، وهذا اذا لم يكن الكاتب قد كتب دعوى المدعي قبل دخول مجلس القضاء ، اذ لو كان قد كتبها من قبل لما كانت حاجة في اعادة كتابتها ، وكذا اذا كان المدعي قد قدم دعواه مكتوبة وسلمها الى الكاتب ، فلا حاجة الى اعادة كتابتها في مجلس القضاء
Maksudnya: “kemudian, Qadhi bertanya muddai’e berkenaan dakwaannya dan mengarahkan penulisnya menulis dakwaan muddai’e di dalam suatu kertas dengan lafaz muddai’e sendiri tanpa menambah atau mengurangkan sesuatu pun. Menulis dakwaan ini hanya sekiranya kerani itu belum menulis dakwaan muddai’e sebelum dia memasuki majlis al-qadha’ kerana jika telah ditulis sebelumnya untuk apa perlu lagi mengulangi menulisnya semula. Begitu juga jika muddai’e telah terlebih dahulu menulis dakwaanya dan menyerahkan kepada penulis berkenaan, maka tidak perlu lagi diulangi menulisnya semula di majlis al-qadha’.
Dakwaan seseorang BOLEH dikemukakan kepada Mahkamah dengan dua (2) cara iaitu:-
1. Plaintif BOLEH mengemukakan dakwaan secara lisan kepada Hakim Bicara dan dalam keadaan ini peruntukan Seksyen 16 ETMMS 2003 hendaklah terpakai.
2. Dakwaan juga BOLEH dibuat secara bertulis sebelum Majlis Qadha'. Dalam konteks kontemporari, dakwaan Plaintif dikemukakan melalui Pernyataan Tuntutan (PT) di bawah Seksyen 63 ETMMS 2003.
Pandangan .....
Pernyataan Tuntutan (PT) adalah suatu dakwaan...justeru itu pandangan yang menyatakan PT adalah bukan dakwaan bukan jawapan yang tepat. Oleh itu, adalah lebih baik Pernyataan Tuntutan tersebut memenuhi elemen dakwaan yang sah dan memenuhi hukum syarak berasaskan alasan berikut-
1. Sekiranya PT tidak lengkap dan tidak terperinci sebagaimana kehendak hukum syarak, PT atau dakwaan tersebut dikategorikan sebagai dakwaan fasid..Dalam konteks amalan prosedur semasa, kes boleh digantung sehingga pembetulan dibuat sebagaimana kehendak Mahkamah. Sila rujuk Seksyen 71 ETMMS 2003.
2. Jika PT secara bertulis telah dilengkapkan dengan elemen dakwaan yang betul dan tepat serta terperinci, ia akan menjimatkan masa pihak-pihak dan masa Mahkamah kerana kesemua pihak yang bertikai boleh memfokuskan kepada tuntutan yang benar-benar memerlukan perbicaraan..
3. Dalam amalan sekarang...PT yang ringkas dan umum serta tidak terperinci adalah biasa dengan alasan boleh diperincikan semasa keterangan Plaintif. Namun cuba fikirkan bilakah masanya Defendan boleh memberikan pengakuan atau penafian sekiranya fakta atau perincian tentang dakwaan tersebut dikemukakan sewaktu keterangan Plaintif sedangkan tidak wujud di dalam PT. Pada waktu yang sama, Defendan telahpun memfailkan Pernyataan Pembelaan @ Pengakuan atau Penafian berkaitan PT Plaintif sebelum keterangan Plaintif.
4. Kita sering memberi alasan bahawa perbicaraan mengambil masa yang terlalu lama kerana ia dalah prosedur Mahkamah...tetapi adakah kita sedar sebenarnya kitalah yang menyebabkan perbicaraan menjadi lama kerana PT sepatutnya dan lebih baik diperincikan dari awal tetapi hanya dibuat semasa keterangan Plainitf. Sepatutnya keterangan Plaintif boleh diringkaskan dengan PT yang baik menjadi panjang kerana terlalu banyak perkara yang tidak disentuh perlu dijelaskan atau fakta baru yang ditokoktambah. Itu belum lagi mengambilkira ada sesetengah fakta yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan dibicara panjang lebar sebenarnya tiada kaitan dengan tuntutan sebenar pihak-pihak di Mahkamah.
Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan