Kitab Hasyiah I’anat al-Talibin, Juz 4, hlm. 508;
Perincian perlu kepada setiap dakwaan....
Di dalam Matan Fathul Muin dalam kitab DAN di mukasurat yang sama kitab di atas dinyatakan sebabnya seperti berikut:-
Dalam kitab tersebut juga diberikan contoh bagaimana dakwaan yang dibuat secara mufassilah:-
Maksudnya: “dan dalam dakwaan pernikahan (seseorang lelaki ke atas seseorang perempuan ) disyaratkan sehingga boleh didengar dan dijawab oleh perempuan itu hendaklah dinyatakan sahnya pernikahan itu dan dinyatakan syarat-syarat pernikahan di antaranya wali, 2 orang saksi yang adil dan jika disyaratkan reda ( izin) bagi perempuan yang bukan mujbir ( seperti janda ), juga hendaklah dinyatakan (syarat-syarat telah dipenuhi). Tidak memadai pada dakwaan nikah tanpa menyebut syarat-syaratnya telah dipenuhi”.
Pandangan saya...
Dalam permohonan pengesahan dan pendaftaran nikah.....di dalam Affidavit Pemohon hendaklah mengandungi butir-butir dan fakta berkaitan dengan rukun nikah dan disesuaikan dengan samada Pemohon Lelaki dan Pemohon Perempuan.
I’aanah al-Talibin, karangan Abu Bakar ibnu Muhammad Syata’al-Damyaty, juzuk keempat, cetakan pertama, 1418H/1997M, terbitan Dar al-Fikr, Beirut, Labenon, muka 290, ada menyebut;
Bagi kes yang melibatkan harta, adalah ternyata kedudukan harta yang dipertikaikan hendaklah diperincikan dengan betul dan tepat sebagaimana nas di atas.
Wallahu A'lam
قوله : (( وشرط للدعوى الخ )) اعلم أنه يشترط لصحة كل دعوى سواء بدم أم بغيره ، كغصب وسرقة وإتلاف مال ستة شروط : الأول أن تكون مفصلة بأن يفصل المدعى ما يدعيه . وتفصيله يختلف بإختلاف المدعى به
Maksudnya: “Matan: (dan disyaratkan bagi menjadikan sesuatu dakwaan itu sah sehingga boleh boleh didengar oleh Qadhi dan diperlukan jawapan dari mudda’a alaih)) ketahui lah bahawa sesungguhnya disyaratkan 6 syarat bagi menjadikan setiap dakwaan sah sama ada dakwaan yang berkait dengan darah (bunuh balas) atau selainnya seperti merompak, mencuri dan merosakkan harta. Pertamanya; hendaklah dakwaan itu mufassilah (terperinci) di mana al-muddai’e memperincikan apa yang didakwanya. Pendetailannya berbeza dengan dengan berbezanya perkara yang dituntut (dida’wa)”. Perincian perlu kepada setiap dakwaan....
Di dalam Matan Fathul Muin dalam kitab DAN di mukasurat yang sama kitab di atas dinyatakan sebabnya seperti berikut:-
(( وشرط للدعوى )) أي لصحته حتى تسمع وتحوج إلى الجواب
Maksudnya: “(disyaratkan bagi sesuatu dakwaan) bagi menjadikannya sah sehingga boleh didengar oleh hakim dan diperlukan jawapan dari mudda’a alaih”. Dalam kitab tersebut juga diberikan contoh bagaimana dakwaan yang dibuat secara mufassilah:-
(( و )) في الدعوى (( بنكاح )) على إمرأة ذكر صحته وشروطه من نحو (( ولي وشاهدين عدول )) ورضاها إن شرط بأن كانت غير مجبرة ، فلا يكفى فيه الإطلاق
Maksudnya: “dan dalam dakwaan pernikahan (seseorang lelaki ke atas seseorang perempuan ) disyaratkan sehingga boleh didengar dan dijawab oleh perempuan itu hendaklah dinyatakan sahnya pernikahan itu dan dinyatakan syarat-syarat pernikahan di antaranya wali, 2 orang saksi yang adil dan jika disyaratkan reda ( izin) bagi perempuan yang bukan mujbir ( seperti janda ), juga hendaklah dinyatakan (syarat-syarat telah dipenuhi). Tidak memadai pada dakwaan nikah tanpa menyebut syarat-syaratnya telah dipenuhi”.
Pandangan saya...
Dalam permohonan pengesahan dan pendaftaran nikah.....di dalam Affidavit Pemohon hendaklah mengandungi butir-butir dan fakta berkaitan dengan rukun nikah dan disesuaikan dengan samada Pemohon Lelaki dan Pemohon Perempuan.
I’aanah al-Talibin, karangan Abu Bakar ibnu Muhammad Syata’al-Damyaty, juzuk keempat, cetakan pertama, 1418H/1997M, terbitan Dar al-Fikr, Beirut, Labenon, muka 290, ada menyebut;
وفي الدعوى بعقار ذكر جهة ومحلة وحدود أربعة فلا يكفي ذكر ثلاثة منها إذا لم يعلم إلا بأربعة
“Dalam dakwaan mengenai tanah dan barang yang menetap di atasnya, diisyaratkan disebut arahnya, tempat beradanya dan sempadannya pada empat hala, di dalam dakwaan. Adalah tidak mencukupi dengan hanya menyebut tiga hala sempadannya saja, jika ianya tidak diketahui melainkan dengan menyebut empat hala sempadannya.”Bagi kes yang melibatkan harta, adalah ternyata kedudukan harta yang dipertikaikan hendaklah diperincikan dengan betul dan tepat sebagaimana nas di atas.
Wallahu A'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan