Isnin, 22 Oktober 2012

Jenayah

Nur Ashida binti Abu Hanipah lwn. Ketua Pendawa Syarie Selangor JH 27 BHG. I (1430h) 27,

Perayu telah disabitkan dgn kesalahan di bwh sek. 26 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Selangor) 1995 iaitu melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah berdasarkan ikrar pengakuan salah diri sendiri. Perayu telah dijatuhkan hukuman dgn denda sebanyak RM2500 & penjara 5 hari. Dan sekiranya gagal membayar denda, dipenjara 7 hari. Perayu merayu dgn hukuman yg dijatuhkan krn ia merupakan kesalahan pertama.

Dalam rayuan kes ini, semasa tuduhan dibacakan terhadap Perayu (tertuduh) telah memenuhi kehendak Hukum Syarak dan peruntukkan Sek. 17, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Oleh itu, YA Hakim Bicara tlh berpuas hati & menerima ikrar Perayu yg dibuat secara sukarela di hadapan Mahkamah. Hakim Mahkamah Rayuan berpendapat perlu memberi pertimbangan terhadap:-

a) atas keinsafannya membuat pengakuan bersalah.

b) telah melakukan taubat & tak akan melakukan lg perbuatan tersebut.

c) kemampuan melaksanakan perintah dan masa hadapan Perayu.

d) Perayu adalah kesalahan kali pertama.

Berdasarkan kpd keterangan-keterangan yg diberikan, perintah 5 hari penjara dibatalkan dan perintah denda RM2500 dipinda kpd RM3000.

Abdul Wahab lwn Timbalan Pendakwa, Mahkamah Syariah Selangor, [1982] 2 (ii) JH 281.
Pihak Perayu telah mengaku salah atas tuduhan berkhalwat & dihukum penjara 30 hari. Dia telah merayu ke Jawatan Kuasa Ulang Bicara.Diputuskan hukuman hendaklah dikurangkan kpd denda sebanyak RM300 @ penjara selama 1 bln. Di bwh sek. 157 (1) seseorang yg melakukan khalwat bg kesalahn pertama boleh dihukum dgn penjara selama tak lebih dr 2 bulan @ dgn denda tak melebihi RM200, dan bagi kesalahan yg kedua @ kesalahan yg seterusnya dgn penjara selama tidak lebih dr 3 bulan @ dgn denda tidak melebihi RM300.

Jawatan Kuasa Ulang Bicara mengulas, sungguhpun ini kesalahan kedua, kesalahan pertama tlh berlaku 3 tahun sblm kesalahan kedua. Sebagai seorang guru sekolah, perbuatannya sedikit sebanyak akan merosakkan nama baik guru-guru, khasnya & masyarakat Islam amnya.

Tetapi patut dipertimbangkan Perayu mengaku bersalah & tak boleh dianggap sebagai penjenayah yg tak mungkin bertaubat. Berdasarkan kpd keterangan-keterangan dlm kes ini, penjara 30 hari adalah keterlaluan & Perayu patut diberi peluang yg terakhir utk bertaubat. Oleh itu, hukuman penjara 30 hari dikurangkan kpd denda sebanyak RM3000 @ penjara selma 1 bulan.

Pengesahan Cerai

Haji Hanafiah lwn. Rokiah JH 2 (2) halaman 103,
Di dalam kes ini pihak suami telah menulis surat kepada tuan Imam meminta mendaftarkan cerai seperti yang terkandung di dalam suratnya. Cerai tersebut telah didaftarkan namun kemudiannya Perayu menyatakan dia tidak berniat bercerai. Kadi besar memutuskan talak telah jatuh dan mengesahkan pendaftaran itu. Perayu telah membuat rayuan. Rayuan memutuskan lafaz yang di lafazkan di dalam kes ini dengan cara menulis dan membaca tulisan dengan tidak niat maka talak itu tidak jatuh dan pendaftaran cerai hendaklah dibatalkan setelah Perayu bersumpah nafi mempunyai niat cerai. Jawatankuasa telah mengkaji nas yang dibentangkan oleh Kadi yang berbunyi-

"Sekiranya ia menulis lafaz talak sarih (jelas atau talak kinayah dengan tidak berniat melakukan talak, tulisannya itu tidak diambilkira selama mana ia tidak menyebut lafaz talak yang ditulis secara jelas pada masa ia menulis atau selepasnya. Dakwaannya: saya tidak bermaksud membaca apa yang ditulis akan tetapi saya tidak bermaksud melakukan talak, dakwaannya diterima kerana ada kemungkinan sedemikian.” [Zainuddin Abdul Aziz Fathu Al-Muin, juz 4, ms 16.]

Dan daripada nas yang berbunyi-
Ringkasan bahawa menyebut sesuatu yang ditulis tanpa berniat berlaku talak, kiranya lafaz yang disebutnya itu jelas. Sebaliknya jika lafaz yang disebut itu tidak jelas ianya hendaklah disertai dengan niat. [al-Bakri I’anah al-Talibin, Juz 4, ms 17]

Jawatankuasa menghalusi nas tersebut dengan merujuk-
Dan sekiranya seseorang itu berlafaz mengikut apa yang ditulisnya dikira berlaku, kecuali ia bermaksud membaca apa yang ditulisnya maksudnya itu diterima mengikut pendapat yang terkuat.” Nas ini menerangkan bahawa berlafaz seseorang dengan lafaz yang ia menulis itu menjatuhkan talak melainkan ia berkasad membaca apa yang ditulis olehnya maka tidak jatuh talak.

Mustafa Bin Batcha lwn A. Habeeba JH 7 (2) halaman 255,
Di dalam kes ini, Yang Arif telah memutuskan jatuh talaq tiga apabila suami telah berikrar melafazkan saya ceraikan engkau, saya ceraikan engkau saya cerai engkau” kepada isterinya,. YA tidak memanggil saksi yang ada dantidak selidik tuntutan suami bahawa apabila ia melafazkan talaq tidak betul fikirannya dan ia kena sihir. Diputuskan, kes dibicarakan semula, oleh kerana kes belum didengar dan dibicarakan sewajarnya kerana saksi tidak dipanggil untuk memberi keterangan, pendapat “ra’yu al-khabir tidak diminta samada sihir digunakan tidak disebutkan, iqrar yang digunakan asas hukuman tidak mutlaq dan latar belakang, suasana dan keadaan kes yang diiqrarkan tidak dibincangkan oleh mahkamah.

Jawatankuasa Rayuan berpendapat bahawa YA sebelum memutuskan kes tersebut hendaklah memanggil saksi untuk memberi keterangan agar semua pihak berpuas hati. Seperti yang telah diarahkan oleh Khalifah Omar, di dalam suratnya kepada Abu Musa al-Asyari, di antara lain beliau berkata: Sesungguhnya kehakiman itu adalah satu kewajipan mutlaq dan sunnah yang diikut. Fahamilah sesuatu perkara (kes) itu terlebih dahulu apabila ianya dihadapkan kepada kamu. [Abu Hasan Al-Mawardi, al-Ahkam Sultaniyyah, Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi, Kahera, 1966, hal 71]

Berdasarkan rekod perbicaraan, YA telah memutuskan berdasarkan iqrar yang dibuat Perayu. Walaupun iqrar merupakan salah satu cara pembuktian yang terkuat dalam hukum syarak tetapi sebelum iqrar tersebut diterima ianya hendaklah dipastikan dilakukan oleh orang yang berakal, sedar, tanpa ugutan, desakan, dan paksaan, bersungguh-sungguh, dan tiada tohmah ugutan, desakan dan paksaan, bersungguh-sungguh dan tiada tohmah dalam perkara yang diiqrarkan.

Mahmasani menyatakan bahawa iqrar hendaklah dilakukan secara mutlaq tanpa syarat, ikatan atau kait mengait dengan perkara lain. Jika ianya dikaitkan dengan perkara lain dan tidak mutlaq sebahagian ulama’ berpendapat iqrar tersebut tidak sah. [Subhi Mahmasani. Falsafal al-Tasyrie’ Fi al-Islam, Dar al-Kasyaf, Beirut. Th: 1952, hal. 233]

Berdasarkan kes ini ternyata iqrar yang dibuat Perayu mengenai talaq itu tidaklah mutlaq tetapi berkaitan dengan keadaannya yang kena sihir semasa ia menjatuhkan talaq. Lebih jauh dari itu, sesuatu iqrar yang dilakukan bagi mensabitkan sesuatu kes hendaklah diselidiki, keadaan, suasana dan latar belakangnya, sebelum iqrar tersebut diterima dan disabitkan.

Zainab Bt Mahmood lwn Abd. Latif Jusoh JH 8 (2) 297,
Responden telah memohon mensabitkan perceraian ke atas isterinya Perayu atas alasan ia telah melafazkan cerai di hadapan isterinya dan di saksi oleh seorang Pegawai Unit Perunding dan Pembangunan Keluarga, JAWI. Perayu mempertikaikan lafaz tersebut dan tidak bersetuju dengan perceraian. Pegawai tersebut tidak dipanggil sebagai saksi. YA telah memutuskan jatuh talaq dan meluluskan permohonan. Perayu membuat rayuan. Diputuskan, rayuan Perayu diterima.

"Surat ini dicop dengan "salinan disahkan betul" oleh Pengarah Jabatan Agama Islam W. Persekutuan. Dari segi undang-undang, pengesahan itu hanya bertujuan untuk membolehkan salinan surat yang asal dijadikan barang bukti sewaktu perbicaraan di mahkamah. "Salinan Disahkan Betul" hanya membuktikan bahawa surat asal ada di dalam milikan dan jagaan Pengarah Jabatan Agama Islam W. Persekutuan. "

Tetapi ia tidak sekali kali boleh dianggap atau digunakan sebagai bukti pengesahan dari pihak pengarah, bahawa kandungan surat itu adalah benar. Kebenaran kandungan surat itu mestilah dibuktikan dengan cara biasa, iaitu dengan memanggil saksi, sekiranya ada.Di dalam kes ini kebenaran kandungan surat ini tidak boleh disahkan oleh penulis surat itu sendiri tetapi hanya boleh disahkan oleh pihak ketiga iaitu Puan Safiah yang dikatakan oleh Responden sebagai saki untuk menentukan kebenaran episaod yang berlaku 20hb Julai 1988. Oleh yang demikian, YA Hakim tersilap dari sudut undang-undang keterangan dengan menerima surat tersebut sebagai pengakuan bertulis dan menyokong kebenaran cerita Responden mengenai lafaz cerai pada 10 Julai 1988."

Mohamed B Mohd Ali lwn Roslina Bt Mohd Yusof JH 8 (2) 275,
Perayu telah berkata kepada isterinya “Saya rela ceraikan engkau” yang diulang-ulang hingga tiga kali. YA telah mensabitkan jatuhnya talaq tiga atas isteri itu. Perayu membuat rayuan. Diputuskan, perkataan yang digunakan oleh suami dalam kes ini adalah kinayah kepada talaq yang memerlukan niat. Perayu telah menjelaskan yang ianya tidak berniat mentalaqkan isterinya. Oleh kerana itu tidak dapat talak tiga di antara mereka dan perkahwinan mereka tetap sah.

Umumnya talaq terbahagi kepada dua, pertama talaq secara sarih seperti suami berkata “Aku talaq akan dikau” atau “engkau taliq” bererti engkau tertalak. Kedua, kinayah iaitu lafaz yang member erti talaq dan juga selain talaq. Jika sarih tidak memerlukan niat dan kinayah pula memerlukan niat. Jika digunakan perkataan “firaq” bererti berpisah atau bercerai dan sirah bererti lepaskan atau bebaskan, terdapat dua pendapat dalam mazhab syafie, pendapat yang masyhur menyatakan sarih, pendapat kedua menyatakan kinayah. Di dalam kes ini, ternyata Perayu telah menggunakan perkataan “cerai” dan bukan talaq. Menurut pendapat kedua Mazhab Syafie ianya memerlukan niat kerana ianya kinayah dan bukan sarih. [Lihat Muhammad Syarbini al-Khatib, Mughni Muhtaj, Maktabah Mustafa Al-Halabi, Mesir, 1958, jld 3, hal 279-280]

Di dalam penggunaan Bahasa Melayu biasa, cerai tidak semestinya bererti talaq adakalanya bererti berpisah seperti cerai mati, cerai kasih, bercerai berai dan seterusnya. Ini bermakna jika seseorang suami berkata saya setuju agar kita bercerai, tidak semestinya bererti talaq dan demikian juga jika ia berkata “aku rela ceraikan engkau” adakah bermakna “talaq” secara mutlaq atau cerai dalam ertikata yang luas mengikut kegunaan Bahasa Melayu. Untuk lebih yakin dan sesuai dengan kehendak Bahasa Melayu “cerai” tidaklah bermakna “talaq” secara mutlak yang demikian ianya adalah kinayah kepada “talaq” yang memerlukan niat. Ini sesuai dengan pendapat kedua Mazhab Syafie. Ini akan lebih jelas jika kita merujuk Kamus Dewan.

Di dalam Kamus Dewan, DBP, KPM 1970 di halaman 183 dijelaskan: “Cerai” bererti pisah, sudah putus perhubungan. Bercerai bererti tidak bersatu, tidak berkumpul, tidak bersama lagi, berpisah, berpecah, “malam ini kita berkampung, malam esok kita bercerai”. Menceraikan bererti-

1. Menjadikan tidak bercantum, bersatu dan berhubungan lagi seperti kata-kata “Jiwa paman akan beta ceraikan dengan badan paman”, meleraikan orang bergaduh bererti menceraikan mereka.

2. Memutuskan perhubungan sebagai suami isteri, menjatuhkan talaq.

3. Memberhentikan seperti menceraikan anak dari menyusu, menyapeh, menyarak.

Demikian makna perkataan cerai dalam laras bahasa Melayu, ianya tidak bermakna talaq semata-mata. Yang demikian itu, jika seseorang suami menceraikan isterinya dengan berkata “kita lebih baik bercerai, maka dengan itu bercerailah kita” atau aku rela menceraikan engkau tidak semestinya bererti talaq, mungkin berpisah, berputus seperti yang dijelaskan di dalam Kamus Dewan.

Menurut laras bahasa Melayu jika seseorang berkata “aku rela membenarkan kau pergi”, ini dilakukan setelah ada permintaan terhadap kerelaan tersebut. “Aku rela melepaskannya” bererti setelah ada desakan atau permintaan untuk dilepaskan. “Aku rela memberikan harta ini kepadanya”, kerelaan diberikan setelah ada permintaan atau desakan. Tidak menjadi kebiasaan bagi orang Melayu menggunakan perkataan “rela” tanpa adanya permintaan, desakan atau tekanan. Menurut Kamus Dewan, DBP, KPM 1970, hal 947, rela bererti:
1. Dengan hati yang ikhlas seperti menerima dengan rela hati.

2. Izin, persetujuan, perkenan, seperti anakanda dating kerana hendak meminta rela ayahanda dan bonda.

Di dalam kes ini, ternyata Perayu rela menceraikan isterinya atas andaian jika isterinya telah benci kepadanya, ingin meminta izin, persetujuan dan perkenan cerai dari suaminya. Setelah Mahkamah mendengar keterangan Perayu dan Responden, andaian Perayu yang isterinya benci kepadanya tidak timbul, malahan langsung tidak wujud, yang demikian perceraian di antara Perayu dan Responden tidak boleh berlaku kerana andaian Perayu mengenai sikap Responden ternyata salah, Responden juga tidak pernah meminta izin, persetujuan atau perkenan cerai dari Perayu.

Rosmina Binti Masran dan Mohamad Abdullah bin Ali JH 25 BHG. 2 (1429H) 299,

Perayu 2 adalah suami kpd Perayu 1. Perayu 1 mengemukakan permohonan pengesahan talak di luar Mahkamah yg dilafazkan oleh Perayu 2 (suami) pada 1/9/2005. Lafaz yg didakwa dilafazkan Perayu 2 adalah:-

“aku cerei kau talak satu, aku cerei kau talak satu, aku cerei kau talak satu”

Perayu 2 mengakui telah melafazkan kata-kata sprt di atas tanpa ada perubahan pada lafaznya. Hakim bicara mentafsirkan perkataan lafaz tersebut sbg lafaz sarih. Pihak-pihak tak mempertikaikan tentang ianya sarih. Maka pihak-pihak mengakui jatuh talak dgn lafaz tersebut, yg mana Hakim Bicara mengesahkan lafaz tersebut sebagai jatuh talak dan lafaz kedua & ketiga adalah utk menguatkan lafaz talak pertama setelah mengkaji & meneliti pandangan imam-imam dan sumpah syar’ie Perayu 2 yg mengatakan niatnya ialah satu talak shj di mana lafaz kedua & ketiga utk menguatkan lafaz pertama.

Noriyya lwn Abdul Manaf JLD XI BHG 1 JH 9 (1418H) 29,
Defendan (suami) mengaku bahawa beliau melafazkan talak kpd Plaintif dengan lafaz “aku cerai mu”. Maka, Mahkamah memutuskan bahawa sabit berlaku perceraian dgn talak satu.

Ahad, 21 Oktober 2012

Perceraian Atas Alasan Keluar Islam

Permohonan Ex-Parte Zaimas Bt Ibrahim JH 10 (2) 204

Dalam kes ini, Pemohon telah memohon mengesahkan perceraian dengan suaminya yang telah menceraikannya di luar Mahkamah. Oleh kerana suaminya sukar dating ke Mahkamah, Pemohon telah dinasihatkan memohon perceraian secara ta’liq. Apabila kes di bawa ke Mahkamah, Mahkamah berpendapat oleh kerana ada bukti terbaru adalah munasabah permohonan untuk menentukan perceraiannya diteruskan. Ada bukti menunjukkan suami itu telah diisytiharkan murtad oleh Kadi Daerah Johor Bahru. Diputuskan, Oleh kerana Mahkamah berpuashati bahawa suami Pemohon, Mohamed Tham telah murtad, mahkamah membubarkan perkahwinannya dengan Pemohon mengikut Seksyen 43 (1) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985.

Hakim Bicara menyatakan berdasarkan keterangan lisan, ikrar dan keterangan dokumentar, Mahkamah berpuashati bahawa Muhammad Tham bin Abdullah, K/P 5050868 telah keluar daripada agama Islam, murtad pada 27 Disember 1993. Kadi Daerah Johor Bharu, Haji Amir bin Danuri mengisytiharkan murtadnya Muhamed Tham bin Abdullah. Perisytiharan itu dikuatkan pula dengan pengakuan Berkanun Muhamed Tham bin Abdullah bertarikh 27 Disember 1993 di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Johor Bharu. Bahagian Penyelarasan, Pindaan Butiran, Perancangan dan Latihan, Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara melalui suratnya bertarikh 13 April 1994 membuat pengakuan telah menukar nama Muhamed Tham Bin Abdullah kepada nama Tham Eng Cheng. Pada 9 November 1994, Tham Eng Cheng telah mengaku dan berikrar di hadapan Pembantu Pendaftar MRS Kuala Trengganu Mohd Nasir Bin Abd Manaf, bahawa beliau telah keluar dari Islam.

Di dalam Kitab Idarat at-Talibin, Juz 4, hal 132 ada disebut: Dikira murtad berlaku melalui I’tiqad, perbuatan dan juga tuturkata.Menurut undang-undang, Hakim Syar’ie sahaja diberi kuasa memutus seseorang yang menganut Islam telah murtad, syirik dan kafir. Seksyen 205 (2) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 memperuntukkan:

Tidak boleh sesiapa, kecuali Hakim Syar’ie memutus seseorang yang menganut Islam sebagai murtad, syirik atau kafir.

Di dalam kes ini, Tham Eng Cheng telah diisytiharkan murtas oleh Kadi daerah Johor Bharu, oleh itu Mahkamah mengiktiraf perisytiharan itu.



Khulu' dan Li'an

Khulu’

Talib lwn Che Sepiah JH 1 (1) halaman 84,
Plaintif telah menuntut cerai cerai dari suaminya. Oleh kerana Defendan tidak bersetuju cerai walaupun dengan tebus talak, Mahkamah memerintahkan kes ini diselesaikan dengan cara hakam. Kedua-dua pihak telah melantik hakam akan tetapi hakam tidak berjaya menyelesaikan perkara itu kerana hakam pihak kena tuntut tidak setuju cerai walaupun dengan tebus talak. Kadi telah melantik hakam bagi Defendan di bawah Seksyen 74 (4) undang-undang 1/66. Kemudiannya telah merayu kepada Jemaah Pengadilan. Rayuan Perayu ditolak dan hukuman Mahkamah dikukuhkan.

 
Li’an

Haji Ghazali lwn Asmah JH 1 (1) 80,
Di dalam kes rayuan ini, Responden telah bernikah dengan Perayu pada 07 November 1974 dan telah dicerai pada 11 Ogos 1975. Hakim telah menghukumkan Perayu menanggung nafkah anak, nafkah hamil dan perbelanjaan bersalin. Dalam rayuannya, Perayu menafikan anak itu anak sahtaraf kepadanya. Y.A Hakim Rayuan menyatakan:

1. ”Tiadak ada keterangan diberi boleh diterima oleh Mahkamah ini mengesahkan Asmah binti Adam ada mengandung pada 30.10.1974 iaitu sebelum berkahwin dengan Perayu pada 17.11.1974. Keterangan yang diberi oleh Dr. Mehra di kandungan 15 bukan mengesahkan Responden mengandung pada 30.10.1974 tetapi menerangkan bahawa Responden datang haid yang terakhir pada 30.10.1974 waktu Dr. Mehra memeriksanya itu iaitu sebelum bernikah dengan Perayu pada 17.11.1974. Pentafsiran itu disahkan oleh seorang Doktor Pakar Perbidanan iaitu Datuk Dr. Abdullah Ahmad.

2. Tidak ada bukti yang dapat diterima yang membuktikan Perayu ada membuat hubungan jenis dengan lelaki lain sebelum ianya bernikah dengan Perayu pada 17.11.1974 dan Responden hamil.

3. Tidak dapat dinafikan bahawa pernikahan Perayu dan Responden adalah sah.

4. Ada keterangan yang boleh diterima yang membuktikan bahawa Perayu dan Responden bercampur sebagai suami isteri dari satu masa ke satu masa, daripada satu rumah ke satu rumah dan dari satu hotel ke satu hotel selepas mereka berkahwin.

5. Tiada keterangan lain yang munasabah membuktikan bahawa anak yang dilahirkan oleh Responden itu hasil daripada hubungan jenis Responden dengan lelaki lain yang dilakukan sebelum berkahwin dengan Perayu bahkan Mahkamah ini berpendapat anak ini dilahirkan hasil perkahwinan mereka berdua di sebabkan anak itu lahir dalam masa tidak kurang daripada 6 bulan 2 lahzah dan tidak lebih dari masa 4 tahun mengikut perundangan Islam yang mana menjadi panduan Jawatankuasa Ulangbicara Mahkamah Syariah Negeri Sembilan.
6. Penafian anak telah tidak dibuat, dan dibuktikan di Mahkamah Kadi oleh Perayu sebelum ianya bercerai dengan Responden dan hanya dikemukakan setelah tuntutan dibuat oleg Responden dan ini menjadikan haknya itu gugur dengan sendiri kerana kelewatan. Di dalam Kitab Fathul Muin Juzu’ 4 halaman 152 yang bererti: ”Wajiblah atas si suami menafikan anak dalam kandungan isterinya itu jika ia yakin bahawa anak itu bukan anaknya dengan bersegera di hadapan Kadi dan jika ia melengahkanmembuat penafian dengan tiada apa-apa sebab maka gugurlah haknya untuk membuat penafian dan anaka adalah anaknya.”

7. Mengikut hukum Islam, anak yang dilahirkan sesudah perkahwinan adalah anak yang dilahirkan di dalam perkahwinan. Sabda Rasulullah s.a.w.: ”Anak adalah bagi hamparan (isteri) yang sah”.
8. Hamil hanya sekali sahaja mengikut ilmu sains dan benih itu menjadi anak dalam tempoh 1 hingga 44 hari.

Takliq

Fakhariah bt Lokman lwn Johari bin Zakariah JH 9 (1) 69,
Plaintif mendakwa Defendan telah tidak memberi nafkah kepadanya selama lebih empat bulan dan Plaintif menuntut cerai ta’liq Defendan mengaku bahawa ia tidak memberi nafkah akan tetapi mengatakan ianya tidak wajib memberi nafkah itu kerana isterinya telah keluar dari rumahnya dan ada pergi belajar tanpa izin di Amerika.

Menurut Mahkamah Ulangbicara Selangor apa yang dilafazkan oleh suami di AAdalam ta’liqnya adalah satu perjanjian yang jelas dan bersyarat. Tidak disebutkan apa-apa syarat bahawa isteri itu berhak mendapat nafkah jika isteri tidak nusyuz. Ta’liq itu dilafazkan oleh suami dan jika ada apa-apa keraguan mengenai kandungannya ta’liq itu hendaklah ditafsirkan berlawanan dengan suami dan berpihak kepada isteri. Atas alasan itu isteri dalam kes tersebut berhak mendapatkan cerai ta’liq itu disabitkan. Selain itu, Pengerusi Mahkamah Ulangbicara juga berpendapat di dalam kes ini Defendan tidak pernah memohon perintah Mahkamah bahawa isterinya Plaintif telah nusyuz. Di atas alasan itu juga Plaintif berhak mendapatkan cerai ta’liknya disabitkan.

Hasnah lwn Borhan Al-Din JH 6 (1) 124,
Plaintif telah memohon kepada Mahkamah untuk mengesahkan lafaz ta’lik yang dilafazkan oleh defenda selepas akadnikah mereka. Defendan telah meninggalkan Plaintif dan tidak memberi nafkah kepada Plaintif. Sepanjang perbicaraan, Defendan tidak hadir. Tuntutan Plaintif dibenarkan selepas Mahkamah mendengar keterangan dua (2) orang saksi Plaintif, berserta sumpah Istidzhar dan Plaintif menyerahkan RM 1 kepada Mahkamah. Plaintif dan Defendan berkahwin pada 1982 berwalikan bapa Plaintif. Lepas bernikah Plaintif dan Defendan tinggal di rumah bapa Plaintif di Kg. Kebakat, Wakaf Bharu, Kelantan. Hakim bicara menyatakan –

"Tugas saya sekarang menentukan isu tersebut dan membuat keputusan. Isu pertama telah dijelaskan dengan sendirinya apabila Plaintif memberi kenyataan dan kemudiannya disokong oleh dua (2) orang saksi iaitu Yaacob Mat Salleh dan Yusuf Bin Awang yang kedua-duanya hadir di majlis perkahwinan Plaintif dan defendan di rumah bapa Plaintif dan kedua-duanya mendengar Defendan ada melafazkan ta’lik di hadapan imam tua mukim Murat selepas akad nikah dijalankan dan Mahkamah terima keterangan kedua-dua saksi.
Sighah ta’lik telah dikemukakan dalam Mahkamah yang berbunyi –

Adalah saya Borhan al-Din bin Mohamad zain Kg. Bercaya, Alor Setar, kedah dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya Hasnah bt Mat Musa selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya kemudian ia mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau jemaah pengadilan dan ia memberi kepada kadi bagi pihak saya sebanyak $1 maka ketika itu tertalaklah dengan talak khul’i’

Sighah ta’lik ini telah ditandatngani dan cop pendaftar nikah cerai mukim Murat, Tumpat dan ditandatangani sendiri oleh Defendan dan Mahkamah memberi pengiktirafan kehakiman mengikut undang-undang keterangan.

Kenyataan Plaintif dan 2 saksi telah mencukupi bagi saya untuk membuat keputusan akan tetapi bukanlah semudah itu. Pada pandangan saya Defendan bukan sahaja melanggar salah satu syarat ta’lik yang boleh disabitkan mua’lak alaih tetapi lebih dari itu.

Adiba Yasmi lwn Abd Rani JH 7 (1) halaman 44,
Plaintif memohon kepada Mahkamah untuk mengesahkan cerai taklik atas alasan Defendan telan balun pukul Plaintif. Keterangan yang diberikan tidak memuaskan dan Defendan diminta bersumpa menafikan dan tuntutan ditolak.Lafaz taalik berbunyi-

"Saya tidak boleh balun pukul atau menyeksa atau menyakiti isteri saya ..... dengan apa cara sekalipun yang melampaui hukum syarak atau adat. Apabila saya melakukan apa-apa perkara tersebut di atas dan mengadu ia kepada Kadi dan apabila sabit pengaduan itu pada sisi Kadi maka tertalaklah isteri saya.”

Pada 20.08.1986 jam lebih kurang 11.00 malam, Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah menampar mukanya dua kali dan kepalanya sekali di rumah mereka, Selepas menampar Defendan mencekik Plaintif kena pada halqum dan Defendan menindih Plaintif sehingga rasa sakit. Plaintif telah mengemukakan surat doktor (PPAT/2325/8/860 yang menyatakan bahawa semasa pemeriksaan, Plaintif didapati kurang bertenaga dan kelihatan pucat. Sakit pada bahagian leher kiri dan kanan. Pesakit tidak dapat menoleh sepenuhnya kiri dan kanan. Tidak dapat tanda-tanda lebam yang dilihar dikulit luar. Pernafasan normal. Xray dada dan leher pada 26.08.1986. No. 8174. Tiadak ada kesan-kesan luar biasa. Peaskit mengalami tekanan jiwa sementara akibat dari rangsangan terhadap tisu lembut badan yang mengalami keadaan luka. Plaintif telah mengemukakan seorang saksi manakala Defendan mengemukakan tiga orang saksi namun demikian Defendan tidak menafikan wujudnya pukulan pada malam itu. Defendan menafikan ada memukul Plaintif sebaliknya menampar muka dan mencekik lehernya sendiri.

Hakim berpendapat keterangan kedua-dua pihak dan saksi masing-masing bercanggah di antara mereka dan Mahkamah perlu menilai berasaskan kepada kekuatan kesaksian. Mengikut hukum syarak, Plaintif harus kemukakan dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki beserta dua orang perempuan namun Plaintif hanya kemuka seorang saksi Perempuan. Keterang Plaintif adalah lemah dan begitu juga dalihan Defendan tidak terbukti oleh kerana keterangan saksi perempuan pertama tidak berkaitan dan saksi kedua dan ketiga bercanggah antara satu sama lain.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Fasakh Ghaib dan Nafkah

Fasakh tak beri Nafkah

Siti Rohani Bt Mohd Yusof lwn Md. Sazali JH 9 (2) halaman 230,
Plaintif telah merayu keputusan Hakim MRS kerana tidak meluluskan tuntutannya. Perayu menuntut fasakh atas alasan Defendan telah tidak memberi nafkah untuk tempoh lebih tiga bulan. Yang Arif Hakim MRS berpendapat fakta kes itu bahawa suaminya telah tidak membayar nafkah kepada isterinya untuk masa lebih tiga bulan dan isteri tidak pernah disabitkan nusyuz oleh mana-mana Mahkamah. Bagaimanapun Yang Arif Hakim berpendapat bahawa mengikut mazhab shafie adalah perlu dibuktikan bahawa suami tidak berupaya memberi nafkah. Oleh kerana itu, beliau menangguhkan kes itu sebulan untuk membolehkan suami membayar satu bulan nafkah kepada isterinya. Suamiitu telah membayar RM 200.00 sebagai nafkah dan Yang Arif Hakim kemudiannya menolak tuntutan isteri kerana berpendapat suami berupaya memberi nafkah.

Rayuan dibenarkan berdasarkan pandangan minoriti Mazhab Syafie dan Mazhab Maliki bersesuaian dengan peruntukan Seksyen 52 (1) (b) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Keputusan Hakim MRS diubah dan dibatalkan.
 
Tafsiran Nafkah

Roslan Binti Abd. Ghani Lawan Zulkifli JH 6 (2) 338
Hakim Bicara dalam kes ini, Yang Arif Tuan Hakim Abu Bakar Bin Ahmad yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Malaysia telah menjelaskan dengan panjang lebar berkaitan Pengertian Nafkah tersebut. Menurutnya dalam kes tersebut:-

“Nafkah adalah segala yang dibelanjakan kata nafkah hanya dipergunakan untuk kebajikan, sebab-sebab wajib nafkah ada tiga perkara iaitu disebabkan nikah, qarabah dan milik. Hak isteri dari suaminya itu ada tujuh iaitu 1) makan 2) lauk-pauk 3) pakaian 4) kebersihan 5) tempat tinggal 6) perkakas rumah tempat tinggal 7) khadam jika biasa berkhadam. Kesimpulannya adalah wajib suami memberi nafkah kepada isteri atau di dalam tanggungannya sepertimana di dalam syarah Kitab Raudh al-Thalib Juzuk 3, Bahagian an-Nafkah muka surat 426.”
 
Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman Haji Musa JH 10 (1) Halam 99,
Plaintif memohon fasakh dari suaminya dengan alasan antaranya gagal memperuntukkan nafkah bulanan sebanyak RM 1,000.00 sebulan yang telah diberhentikan oleh Defendan dan juga tidak adil berpoligami. Plaintif telah memohon Defendan menyediakan rumah kelamin berasingan dengan isteri barunya setelah setahun berkahwin dan jika gagal, Plaintif tidak mahu pergi ke rumah isteri barunya sebagaimana biasa.
 
Tindakan suami memberhentikan nafkah sebanyak RM 1,000.00 sebulan adalah bertentangan dengan kehendak hukum syarak - ”Hendaklah kamu bergaul dengan isteri-isteri dengan secara baik dengan kehendak bilmakruf iaitu termasuk memberi nafkah kepada isterinya sesuai dengan keadaan suaminya.” Tindakan YKT memberhentikan nafkah sebanyak tersebut adalah satu hukuman ke atas isterinya dengan alasan isterinya menyalahgunakan peruntukan yang diberi . Tindakan ini adalah bertentangan dengan kehendak hukum syarak. Suami adalah pemegang amanah yang diwajibkan Allah ke atasnya dengan sebab akadnikah untuk mengurus, mengawal isteri mengikut batasan yang ditetapkan Allah. Jika isteri melakukan perkara yang bertentangan dengan kehendak suami atau melampaui batas Allah maka wajib suami dengan seberapa segera mengambil tindakan berikut-
1.      Memberi nasihat-nasihat yang baik. Jika ini tidak berkesan, langkah kedua.
2.      Dengan meninggalkan tempat tidur tetapi jangan meninggalkan rumah, masih di tempat kediaman. Langkah ketiga.
3.      Memukul yang tidak mencederakan dengan tujuan memberi pengajaran jika tidak memberi pengajaran boleh melakukan atau menghukum nusyuz dengan tidak memberi nafkah jika tidak berhasil juga boleh dengan secara hakam jika sekiranya kedua pasangan ingin berdamai dan jika telah salah seorang tidak mahu lagi meneruskan kelangsungan boleh diselesaikan dengan secara fasakh. Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 34.
Alasan Tak beri Nafkah kerana Nusyuz

Kes Fakhariah Lokman lawan Johari Zakaria yang mana Hakim Bicara kes ini menyebut bahawa kes nusyuz tidak boleh ditimbulkan semasa kes nafkah tanpa terlebih dahulu seseorang suami memohon perintah Mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz. Di dalam kes tesebut, Yang Amat Arif Hakim Rayuan, Tan Sri Mohamed Azmi telah menyebut:-
 
“Walaupun boleh dikatakan perlu diputuskan bahawa seorang isteri tidak nusyuz dan berhak mendapat nafkah, kami berpendapat dalam kes ini suami tidak pernah memohon perintah Mahkamah bahawa isterinya telah nusyuz. Keterangan yang diberi dalam kes ini menunjukkan isteri itu tidak lagi tinggal bersama suami selepas 25 November 1986, suami tidak membuat apa-apa aduan kepada Mahkamah bahawa isterinya nusyuz dan tidak mengambil langkah untuk mendapat perintah nusyuz dari Mahkamah. Kami berpendapat jika suami itu betul-betul ingin isterinya balik tinggal dengannya dia seharusnya berusaha supaya perkara itu dapat diselesaikan di luar atau di hadapan Mahkamah. Di dalam al-Quran, kita dapat banyak nasihat dan pedoman mengenai perkara ini. Umpamanya di dalam Surah Al-Baqarah (2) : 231 yang disebut maksudnya:-
 
“ ……. Bolehlah kamu pegang mereka dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka dengan maksud memberi mudharat kerana kamu hendak melakukan kezaliman terhadap mereka; dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri.”
 
Efek Nusyuz

Selain itu, ia turut dinyatakan secara jelas Di dalam kes Norazian Binti Mohd Yusof lwn Khairul Azmi Bin Mohd Rasid Yang Amat Arif Hakim menyatakan -
 
“Mengikut undang-undang sesiapa mendakwa, beban pembuktian adalah terletak di atasnya, lihat seksyen 72 Enakmen Keterangan Syariah 1991 tetapi pihak Defendan tidak membawa saksi seperti dikehendaki oleh Syarak”
 
“Di dalam kes ini, Defendan telah menyatakan bahawa isterinya Plaintif adalah nusyuz kerana menggugurkan anak, keluar rumah tanpa izin dan dakwaan ini semua adalah merupakan dakwan yang diperlukan saksi yang mencukupi berbanding kepada Plaintif, oleh itu saksi penting di dalam kes ini ialah bapa/ibu kepada Defendan harus dipanggil, malahan doctor juga harus dipanggil.
 
Oleh kerana kes telahpun sampai ke tahap KEPUTUSAN, Mahkamah tiada pilihan lain selain menyatakan bahawa dakwaan ke atas Plaintif adalah DITOLAK dan dia (Plaintif) berhak mendapat nafkah eddah malahan tiada dibuktikan di mana juga Mahkamah bahawa Plaintif adalah nusyuz.
 
Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor JH 8 (2) 293,
Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa berdasarkan qaul Imam Shafii’, yang memutuskan bahawa perkahwinan hanya boleh difasakhkan setelah dibicarakan dan diputuskan oleh Kadi atau Hakim Mahkamah, dan hak untuk fasakh tersebut sekiranya kerana papanya, adalah seperti berikut;
 
1. Tiada kuasa memberi belanja makan dan minum.

2. Tiada mampu memberi pakaian yang layak dan patut.

3. Tidak dapat mengadakan rumah tempat kediaman yang patut.

4. Tidak kuasa membayar maharnya yang tunai sebelum bersetubuh.
 
Maka, apabila cukup syarat-syarat fasakh, iaitu isteri tidak melakukan nusyuz dan si suami tidak mempunyai harta yang hadir (ada bersamanya), hendaklah Kadi atau Hakim itu memberi tempoh tiga hari. Kemudian selepas tiga hari serta malamnya tiada juga kuasa suami mengadakan sekecil-kecil nafkah (iaitu separuh nafkah yang biasa) maka barulah Kadi atau Hakim tersebut menfasakhkan nikah tersebut. Ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan al-Baihaqi, Sabda Rasulullah s.a.w.:
 
Ertinya: Telah bersabda Rasullullah s.a.w berkenaan seorang laki-laki yang tiada dapat memberi nafkah kepada isterinya hendaklah dipisahkan antara keduanya.
 
Kesan Nusyuz pada Nafkah Isteri
 
Hasanah Binti Abdullah lawan Ali Bin Muda (1999) JH (1420)H,
 Yang Arif Hakim berpendapat:

“Mengikut Hukum Syara’ seorang isteri yang ditalaq dengan talaq raj’ie tidak berhak kepadanya nafkah ‘iddah jika dianya melakukan nusyuz. Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, juzuk 2, muka surat 82 diperuntukkan yang bererti –
 
“Jika seseorang menceraikan isterinya yang sedang nusyuz kepadanya, maka isteri tersebut tidak berhak mendapat tempat tinggal selama dalam ‘iddah kerana isterinya itu tidak berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal menurut dasar pernikahan. “
 
Fasakh Suami Ghaib

Rafiah lwn Hassan JH 6 (1) halaman 112,
Plaintif memohon mahkamah memfasakhkan pernikahannya dengan Defendan di atas alasan Suami telah ghaib dan tiada sebarang nafkah diberikan. Perbicaraan dijalankan sebelah pihak setelah Saman disampaikan secara penyerahan ganti secara tampalan Papan Notis Pejabat Kadi seluruh Kelantan. Selepas berkahwin pada 1981, Plaintif dan defendan telah menetap di rumah ibu Plaintif yang mana semasa itu Defendan bekerja sebagai peniaga kain turun berniaga pagi dan balik sebelah petang. Pada 10.03.1987, Defendan pergi kerja seperti biasa tetapi tidak pulang semula ke rumah itu sehingga kes dibicarakan.

Tiada sebarang makluman dari Defendan dan pertanyaan oleh Plaintif sendiri serta tiada sebarang khabar berita dan Plaintif tidak mengetahui kampung Defendan di Pasir Mas ataupun Kg. Sirih, Kota Bharu. Defendan juga tidak meninggalkan sebarang harta yang boleh dijadikan nafkah. Mahkamah telah mensabitkan permohonan Pemohon antaranya berdasarkan pandangan kitab Bughyah Mustarsyidin iaitu -

”Sekiranya suami ghaib dan tidak diketahui samada dia seorang yang mampu atau tidak dan telah putus khabarnya, dengan kerana itu isterinya tidak dapat nafkah dan tidak ada hartanya dalam kawasan dua (2) marhalah dari tempat itu maka bagi isterinya boleh fasakh nikah dengan syaratnya sepertimana diputuskan dalam Nihayah dan lain-lain.”

Fasakh Tidak Adil Berpoligami

Fasakh – Tidak adil berpoligami

Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman Haji Musa JH 10 (1) halaman 90,
Plaintif memohon fasakh dari suaminya dengan alsan antaranya gagal memperuntukkan nafkah bulanan sebanyak RM 1,000.00 sebulan yang telah diberhentikan oleh Defendan dan juga tidak adil berpoligami. Plaintif telah memohon Defendan menyediakan rumah kelamin berasingan dengan isteri barunya setelah setahun berkahwin dan jika gagal, Plaintif tidak mahu pergi ke rumah isteri barunya sebagaimana biasa.

Mengikut hukum syarak seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri dan ia berhajat untuk bermusafir dengan tujuan pindah tinggal di daerah yang jauh atau negeri lain maka wajib suami membawa pindah semua isterinya ke tempat tujuan tersebut. Dan jika salah seorang isterinya ditinggalkan tidak bersama hendaklah diceraikan atau dengan keizinan isteri tersebut. Undang-undang ini diperuntukkan oleh hukum syarak dengan tujuan melaksanakan keadilan di antara isterinya. Di dalam kes ini, semasa suami bernikah lagi satu hampir setahun lebih isteri pertama bersetuju tinggal di Kota Bharu disamping menjalankan tugasnya sebagai Pegawai Jururawat dan setiap minggu atau akhir minggu ada dua tiga kali dalam sebulan isteri pertama datang ke rumah isteri kedua di mana tempat kediamannya bersama isteri keduanya. Tapi Mahkamah dapati dengan yakin dan jelas dengan pengakuan suaminya semasa memberi keterangan di Mahkamah ini bahawa selepas setahun lebih isteri pertama enggan datang ke rumahnya atau enggan datang ke rumah isteri kedua tinggal. Apabila keadaan ini berlaku maka ikut hukum syarak hendaklah suami menyediakan satu tempat tingggal lain yang sesuai dengan keadaan isteri pertama datang ke Kuala Lumpur atau hendaklah menyediakan tempat tinggal yang lain setelah isteri pertama ditukarkan bertugas di Kuala Lumpur.

Mahkamah dapati sejak tarikh 12.05.1991 suami telah tiada usaha mengambil tindakan untuk menyediakan rumah atau tempat tinggal isteri pertama di Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas di KL lebih-lebih lagi tugas isteri terhadap suaminya yang mana suaminya telah menyediakan rumah kepada isteri kedua sedangkan isteri pertama pihak suaminya telah tiada membuat giliran yang adil walaupun isteri pertama berada di Kota Bharu Kelantan. Setelah jelas isteri pertama tidak bersetuju tinggal di rumah isteri kedua atau datang ke rumah isteri kedua pihak suami tidak mengambil apa-apa tindakan keadaan ini bertentangan dengan kehendak syarak.

Sebenar dan sebetulnya yang dikatakan wajib isteri-isteri datang menyerah kepada suaminya iaitu suami hendaklah menyediakan rumah tempat tinggal isteri kepada semua isterinya dan suami tinggal berasingan dengan isterinya dengan ringkas suami tinggal seorang diri tanpa isteri, apabila suami tidak adakan cara ini wajib ke atas suami mengadakan waktu giliran mengikut masa dan keadaan. Maka di dalam kes ini, suami telah membuat giliran iaitu ia tinggal di rumah isteri kedua maka adalah wajib ke atasnya membuat giliran kecuali setelah diizinkan oleh isterinya yang lain.

Fasakh

Hukum Fasakh
 
Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman Haji Musa JH 10 (1) halaman 90;
Apakah yang dimaksudkan dengan fasakh? Mengikut Sayid Sabiq, Fikayatul Sunnah, Juzuk 7. Fasakh dengan pengertian memfasakhkan akad nikah bererti membatalkannya melepaskan ikatan pertalian di antara suami isteri. Fasakh biasa terjadi kerana syarat-syarat tidak dipenuhi pada akad nikah atau kerana hal lain-lain datang kemudian yang membatalkan kelangsungan atau dalam kitab fathulmuin.
 
Dengan maksud: cabang fasakh nikah disyariatkan untuk menolak kemudharatan yang menimpa atas diri perempuan. Jadi fasakh biasa berlaku mengikut hukum syarak disebabkan tidak memenuhi syarat-syarat pada akad nikah atau hal-hal yang lain datang selepas diakad nikah semasa pihak suami atau pihak isteri atau menolak kemudharatan yang menimpa atas diri isteri.
 
Fasakh Tafsiran Aniaya fizikal @ mental

Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor JH 8 (2) 293,
Perayu memohon supaya perkahwinan dengan Responden dibubar melalui fasakh. Antara alasan ialah Responden telah menganiaya dengan memukulnya. YA berpendapat bahawa Responden telah memukul Perayu dan pukulan itu ganas bukan atas dasar agama atau mengikut syarak. Bagaimanapun beliau berpendapat tindakan memukul itu tidak boleh diertikan sebagai lazim menyakiti dan menolak tuntutan. Perayu membuat rayuan
 
Diputuskan
(1) Pukulan fizikal oleh Responden terhadap isterinya Perayu adalah satu penganiayaan mengikut hukum syarak dan oleh itu satu penganiayaan di bawah perenggan 52 (1) (h) dan dibaca bersama 52 (1) (l) EUUKIS.

(2) YA telah tersilap dari segi undang-undang mentafsirkan perenggan 52 (1) (h) itu dan juga “lazim menyakiti” di bawah perenggan (i) maka keputusan menolak permohonan Perayu adalah bertentangan dengan perenggan 52 91) (h) enakmen itu.
 
Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa perkara pokok di bawah seksyen 52 (1) (h) yang harus difahami adalah penganiayaan (cruelty) oleh suami terhadap isteri dan sebagai contoh, enam ilustrasi telah dinyatakan di dalam perenggan kecil (i) hingga (vi). Contoh-contoh ini hendaklah dianggap sebagai “antara lain”. Penganiayaan di bawah seksyen 52 (1) (h) boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu dalam bentuk mental atau fizikal. Perkataan “lazim menyakiti” (atau “habitual assault”) di dalam contoh (i) di bawah seksyen tidak bermakna memukul secara fizikal. Di dalam bahasa perundangan, ada perbezaan antara perkataan “assault” dan “battery”. Perkataan “battery” bermakna memukul dengan cara fizikal, tetapi perkataan “assault” tidak begitu.
 
Oleh yang demikian, perkataan “lazim menyakiti” hanya relevan dalam kes penganiayaan berbentuk mental seperti menyakiti hati dan perasaan yang hanya timbul apabila berlaku acapkali dalam jangkamasa dan oleh itu berkehendakkan “lazim” atau “habitual” dibuktikan oleh isteri. Kuasa mahkamah membubarkan perkahwinan atau fasakh kerana perbuatan yang menyebabkan berlakunya “dharar” terhadap isteri adalah berdasarkan kepada Mazhab Maliki. (Midad abdul Tawwab, Mausua’h Al- Maaarif, Iskandariayyah Egypt 1986, hal 646).
 
Fasakh Pukul

Hairun Binti Mohd Sharif lawan Omar Mohd Noor JH 8 (2) 293, Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Haji Mohd Azmi menjelaskan bahawa di dalam ajaran Islam suami diberi hak memukul isteri sekiranya terdapat tanda-tanda isteri dikhuatiri nusyuz seperti dalam al-Quran Surah an-Nisa’ ayat 34;

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا (34)

Ertinya: “Dan wanita - wanita yang kamu khuatiri nusyuznya maka nasihatilah mereka dan pisahkan dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Sudah dijelaskan dalam ayat Allah ini bahawa tindakan memukul isteri adalah hanya boleh berlaku pada peringkat ketiga setelah diberi nasihat dan setelah juga isteri itu dipisahkan dari tempat tidur. Walaubagaimanapun yang menjadi persoalannya adalah bagaimana pukulan yang dibenarkan kepada suami-suami sebagai pengajaran kepada isterinya. Untuk menjelaskan prinsip tersebut mahkamah melihat kepada tafsiran ulama’-ulama muktabar terhadap ayat tersebut seperti Al-Qurtubi di dalam tafsirnya, juzu’ 5, muka surat 172, menyatakan pukul dalam ayat ini adalah pukul adab dan maksud daripadanya antara lain, seperti memukul bapa akan anaknya kerana belajar al-Quran. Al-Alusy dalam Ruhul Maani juzu’ 5 muka surat 25, menyatakan pukul yang bukan menyakiti dengan sekira-kiranya tidak mencederakan dan tidak mematahkan tulang. Sementara al-Maraqi di dalam tafsirannya, juzu’ 5 muka surat 29 pula, berpendapat pukul ialah pukul yang tidak menyakiti yang bersangatan seperti pukul dengan tangan atau tongkat kecil.

Oleh yang demikian, perkataan “lazim menyakiti” hanya relevan dalam kes penganiayaan berbentuk mental seperti menyakiti hati dan perasaan yang hanya timbul apabila berlaku acapkali dalam jangkamasa dan oleh itu berkehendakkan “lazim” atau “habitual” dibuktikan oleh isteri. Kuasa mahkamah membubarkan perkahwinan atau fasakh kerana perbuatan yang menyebabkan berlakunya “dharar” terhadap isteri adalah berdasarkan kepada Mazhab Maliki. (Midad abdul Tawwab, Mausua’h Al- Maaarif, Iskandariayyah Egypt 1986, hal 646).

Berdasarkan Dr. Ahmad Al-Husary. Al-Ahwal Al-Shakhsiyyah, Maktabah Al-Kulliyyat Al-Azhariyyah 1968, hal:727, Mesir), prinsip pembubaran perkahwinan atau fasakh kerana “aniaya” atau “dharar” ini tidak disyariatkan terhadap tubuh badan sahaja, malahan lebih luas dari itu termasuk enggan bercakap dengan isteri, membelakangkan isteri atau memalingkan muka darinya semasa di katil, mengutamakan memberi layanan kepada perempuan lain selain isteri, memukul dengan pukulan yang menyakiti dan seterusnya dan tidaklah disyariatkan pukulan itu dilakukan berulang kali dan lazim.

Hasnah Bt Omar lwn Zaaba Bin Mohamad Amin JH 10 (1) halaman 142,
Di dalam kes ini, Mahkamah berpendapat Yang kena Tuntut ada memukul isteri dan ada memaki hamun isteri malah ada melakukan persetubuhan secara kasar ke atas isterinya. Pada 26 Oktobder 1994, YKT ada mengaku menumbuk isterinya. Menurut laporan doktor, tumbukan tersebut selebar 5 x 5 cm menyebabkan lebam di pipi perempuan beberapa hari. Seksyen 49 1 (h) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 memuatkan enam (6) gambaran pada penganiayaan isteri. Perbuatan memukul secara fizikal dengan sendirinya mengikut hukum syarak adalah suatu penganiayaan, melainkan di dalam keadaan tertentu.

Berdasarkan Dr. Ahmad Al-Husary. Al-Ahwal Al-Shakhsiyyah, Maktabah Al-Kulliyyat Al-Azhariyyah 1968, hal:727, Mesir), prinsip pembubaran perkahwinan atau fasakh kerana “aniaya” atau “dharar” ini tidak disyariatkan terhadap tubuh badan sahaja, malahan lebih luas dari itu termasuk enggan bercakap dengan isteri, membelakangkan isteri atau memalingkan muka darinya semasa di katil, mengutamakan memberi layanan kepada perempuan lain selain isteri, memukul dengan pukulan yang menyakiti dan seterusnya dan tidaklah disyariatkan pukulan itu dilakukan berulang kali dan lazim.

Pembuktian Pukul - Fasakh
 
Abdul Hanif lawan Rabiah 53 JH (2) 11,
Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan dalam penghakimannya menyebut berkaitan pembuktian isu ini berpendapat-

“……. Tidaklah munasabah memerlukan seorang isteri yang mendakwa ia dipukul oleh suaminya mengadakan saksi-saksi seperti itu, kerana mustahil seorang suami apabila memukul isterinya akan memanggil dua orang saksi lelaki atau dua orang saksi perempuan dan seorang saksi lelaki untuk menyaksikan pukulan itu. Dalam perkara seperti itu tidak perlu keterangan diberi sebagai syahadah, dan memadai ia diberi sebagai baiyinnah dan qarinah.”

Khamis, 11 Oktober 2012

Prinsip Penerimaan Dokumen


Surat
Kes Zainab Mahmood Lwn Abd Latif b. Jusoh, Jurnal Hukum, Jilid 8, Bhg 2 di mana Mahkamah Rayuan dalam soal kebolehterimaaan keterangan dokumen memutuskan seperti berikut:

"Surat ini dicop dengan "salinan disahkan betul" oleh Pengarah Jabatan Agama Islam W. Persekutuan. Dari segi undang-undang, pengesahan itu hanya bertujuan untuk membolehkan salinan surat yang asal dijadikan barang bukti sewaktu perbicaraan di mahkamah. "Salinan Disahkan Betul" hanya membuktikan bahawa surat asal ada di dalam milikan dan jagaan Pengarah Jabatan Agama Islam W. Persekutuan. Tetapi ia tidak sekali kali boleh dianggap atau digunakan sebagai bukti pengesahan dari pihak pengarah, bahawa kandungan surat itu adalah benar. Kebenaran kandungan surat itu mestilah dibuktikan dengan cara biasa, iaitu dengan memanggil saksi, sekiranya ada.

Tetapi ia tidak sekali kali boleh dianggap atau digunakan sebagai bukti pengesahan dari pihak pengarah, bahawa kandungan surat itu adalah benar. Kebenaran kandungan surat itu mestilah dibuktikan dengan cara biasa, iaitu dengan memanggil saksi, sekiranya ada.Di dalam kes ini kebenaran kandungan surat ini tidak boleh disahkan oleh penulis surat itu sendiri tetapi hanya boleh disahkan oleh pihak ketiga iaitu Puan Safiah yang dikatakan oleh Responden sebagai saki untuk menentukan kebenaran episaod yang berlaku 20hb Julai 1988. Oleh yang demikian, YA Hakim tersilap dari sudut undang-undang keterangan dengan menerima surat tersebut sebagai pengakuan bertulis dan menyokong kebenaran cerita Responden mengenai lafaz cerai pada 10 Julai 1988."

Laporan Polis
Dokumen sama ada dokumen awam atau dokumen persendirian bukan menjadi isu kerana borang "Polis 55-Pin 2/83" dibuat oleh Percetakan Nasional Berhad. Yang penting dalam soal ini adalah kandungan dokumen berkenaan. Siapakah pembuat kandungan dokumen tersebut. Adakah pihak polis atau pihak Plaintif sendiri. Apa yang sebenarnya berlaku laporan itu ditulis berdasarkan aduan pihak Plaintif sendiri dan pegawai polis hanya mencatat sahaja dan sesudah itu membacanya semula kepada pihak yang mengadu dan jika disahkan oleh pengadu apa yang dicatat oleh pegawai polis tersebut, maka pengadu akan menurunkan tandatangan. Prosedur ini adalah sebagai mana yang ditetapkan oleh Seksyen 107 Kanun Acara Jenayah 1997.

Apabila maklumat diberi secara lisan kepada seorang ketua balai polis berkenaan kejadian satu-satu kesalahan, ketua balai polis itu atau pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah bacakan balik kepada si pemberitahu. Tiap-tiap maklumat itu hendaklah dicatat di dalam buku laporan yang disimpan oleh pegawai itu dan juga hendaklah ditulis haribulan dan waktu maklumat diberi, sama ada diberi secara bertulis atau lisan. Setelah menulis maklumat itu perlu ditandatangani oleh si pemberitahu.

Jadi sebenarnya pihak yang mengadu adalah pembuat kandungan dokumen. Kalau dikatakan pihak polis yang membuat kandungan dokumen tersebut, ia tidak tepat. Cuma sebelum mahkamah memutuskan untuk menerima ketiga-tiga Laporan Polis tersebut, Mahkamah perlu menyiasat apakah yang dimaksudkan dengan chop yang berwarna merah pada ketiga-tiga Laporan Polis berkenaan yang mengandungi perkataan-perkataan seperti berikut [[SALINAN YANG DISAHKAN. Tidak Boleh Digunakan Di Mahkamah Seperti Kehendak Seksyen 108 K.A.L). Saya tidak tahu K.A.L singkatan untuk apa. Cuma yang mahkamah pasti mengikut Seksyen 108A Kanun Acara Jenayah 1997, salinan repot yang diakui sah boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah. Peruntukkannya adalah seperti berikut:-

"Dalam mana-mana prosiding di bawah Kanun ini, satu salinan maklumat yang ditulis di bawah peruntukkan seksyen 107 atau seksyen 108, dan yang dikatakan telah disahkan menjadi satu salinan yang sebenarnya oleh Ketua Polis Daerah di mana balai polis tempat diterima maklumat itu berada, akan diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah mengenai isi-isi kandungan maklumat yang mula-mula diterima itu dan tentang masa, tempat dan cara bagaimana maklumat itu telah direkod."

Oleh itu, pembuat dokumen laporan polis itu sebenarnya pihak Plaintif sendiri dan Ketua Balai Polis berkenaan tidak perlu di sapina untuk pengecaman. Kandungannya semata-mata aduan atau dakwaan yang belum terbukti benarnya dan ia berhajat kepada pembuktian oleh pihak Plaintif.

Perintah Perlindungan Interim

Selain dibuktikan meterai Mahkamah itu palsu, dokumen yang mengandungi meterai Mahkamah yang sah hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman berdasarkan Subseksyen 44 (1) (e) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang jelas menyatakan bahawa –
44. (1) Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai fakta yang berikut:

(e) meterai semua Mahkamah di Malaysia, semua meterai yang mana-mana orang diberikuasa untuk menggunakannya oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa di Malaysia dan meterai notari awam;

Perintah yang dikeluarkan boleh dianggap sebagai qarinah sebagaimana diperuntukkan di dalam Seksyen 30 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang jelas menyatakan-

30. Penghakiman, perintah atau dekri, selain daripada yang disebut dalam seksyen 29, ialah qarinah jika ia berhubungan dengan perkara daripada jenis awam yang relevan kepada siasatan itu; tetapi penghakiman, perintah atau dekri itu bukanlah bukti konklusif mengenai apa yang dinyatakan olehnya.

Prinsip kaedah fiqh yang boleh digunapakai yang berbunyi-

الاصل في كل حادث تقديره باقرب زمن
Asal setiap yang berlaku diambilkira masa yang paling hampir.

ما ثبت بزمان يحكم ببقاءه ما لم يقم الدليل على خلافه
Apa yang ditetapkan beradasarkan masa atau semasa dihukum dengan kekalnya begitu, selagi tiada dalil menyalahinya.” [Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Ustaz Abdul Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Cetakan Pertama 2000, Pustaka Salam, halaman 117].


Sekadar Pandangan...Wallahu a'lam..

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kaedah Fiqh

Rayuan

اذا تعارض مفسدتان روعى اعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما
Apabila terdapat pertentangan antara dua kemudaratan, dihindarkan lebih berat dan dilaksanakan yang lebih ringan.

أعظم المكروهين أولاهما بالترك
Yang paling besar tegahan lebih utama ditinggalkan.

اذا تعارض مفسدة ومصلحة قدم دفع المفسدة غالبا
Apabila bertentangan di antara kerosakan dengan kemaslahatan, didahulukan dengan membendung kerosakan.

الشبهة لا تسقط التعزير , و تسقط الكفارة
Syubhat tidak menggugugurkan hukuman ta’zir, namun ia menggugurkan kaffarah.




Kesemua post berkaitan kaedah fiqh ini adalah sebahagian sahaja daripada kaedah fiqh yang ada di dalam hukum syarak. Ia bertujuan sebagai perkongsian sahaja.

Sumbangan ZRH

Kaedah Fiqh

Hukuman

الحكم يتبع المصلحة الراجحة
Hukum itu mengikut kemaslahatan yang kukuh.

الحكم يدور مع علته
Hukum itu berkisar bersama illahnya (atau sebabnya).

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Membendung kerosakan diutamakan daripada menarik kemaslahatan.

كل ما اضر المسلمين وجب أن ينفى عنهم
Apa sahaja yang memudaratkan kaum muslimin wajib dihindarkan terhadap mereka.

كل سبب يفضي الى الفساد نهى عنه , اذا لم يكن فيه مصلحة راجحة
Setiap sebab yang mengarah kepada kerosakan di tegah terhadapnya, apabila padanya tidak terdapat kemaslahatan yang kukuh.

الجهل بالاحكام فى دار الاسلام ليس عذرا
Kejahilan tentang hukum di negara Islam, bukan keuzuran (untuk dilaksanakan)


Sumbangan ZRH

Kaedah Fiqh

Perbicaraan


ما ثبت باليقين لا يرتفع الا باليقين

Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan dengan yakin juga.

الشك لا يزحم اليقين
Syak tidak menghimpit yang yakin.

ان القديم يتغير اذا قام الدليل على خلافه
Sesungguhnya yang sedia ada semenjak lama itu akan berubah apabila terdapat dalil yang menyalahinya.

الاصل في الابضاع التحريم
Hukum asal dalam masalah sex adalah haram.

الثابت بالبرهان كالثابت بالعيان
Yang tetap berdasarkan bukti seperti keterangan berdasarkan kenyataan.

لا يعتبر معها وجود الحقيقة
Yang yakin didahulukan daripada zann dan zann didahulukan daripada syak. Yang zann itu pula tidak diiktibar apabila ia wujud bersama hakikat.


Sumbangan ZRH

Kaedah Fiqh

Pengakuan ( Iqrar )


المرء مؤخذ باقراره
Seseorang itu dipegang berdasarkan pengakuannya.


الرضا بالشي ء رضا بما يتولد منه
Reda dengan sesuatu bererti reda dengan apa yang lahir daripadanya.

الكتاب كالخطاب
Tulisan sama dengan ucapan.

البينة حجة متعدية والاقرار حجة قاصرة
Keterangan adalah hujah mengenai orang lain, manakala pengakuan adalah hujah bagi pembuat pengakuan.

الاقرار حجة موجبة بنفسه
Ikrar atau pengakuan itu hujah yang mewajibkan dengan dirinya.

يضاف الفعل الى الفاعل, لا الى الامر ما لم يكن مجبرا
Sesuatu perbuatan disandarkan kepada pembuatnya, bukan kepada yang menyuruh selagi bukan paksaan.

الاشتغال بغير المقصود اعراض عن المقصود
Melakukan apa yang tidak dimaksudkan bererti berpaling daripada yang dimaksudkan Pengecualian.

وما لا يشترط التعرض له جملة وتفصيلا اذا عينه واخطأ لم يضر
Apa-apa yang tidak disyaratkan ta’arud atau mengemukakan secara umum dan terperinci, apabila menta’yinkannya dan ternyata silap, tidak menjejaskan.

وما يشترط فيه التعين, فالخطأ فيه مبطل
Apa yang disyaratkan menentukan atau ta’yinkan, andai tersilap, membatalkan.

ما يجب التعرض له جملة و لا يشترط تعينه تفصيلا اذا عينه واخطأ ضر
Apa yang diwajibkan mengemukakan secara umum dan tidak disyaratkan menta’yinkannya atau menetapkannya secara terperinci, apabila ia menetapkannya dan silap, ia merosakkan.


Sumbangan ZRH


Jumaat, 5 Oktober 2012

Kaedah Fiqh


Hadis Riwayat Ali Bin Abi Talib

ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : يا علي ! اذا جلس اليك الخصمان فلا نقض بينهما حتى تسمع من الأخر كما سمعت من الأول . فانك اذا فعلت ذلك تبين لك القضاء

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai ‘Ali! Apabila dua orang yang bertikai duduk di hadapan kamu, maka jangan kamu memutuskan hukuman di antara mereka sehinggalah kamu mendengar keterangan daripada kedua mereka kerana apabila kamu lakukan yang demikian itu, nescaya nyatalah keputusan hukumannya. (al-Syaukani – Nail al-Awtar), [Terjemahan – Risalah Ahkam, iMAP, m.s 32]

Ibn ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda -

لو يعطى الناس بدعواهم لادعى رجال دماء رجال واموالهم ولكن اليمين على المدعى عليه. (رواه البخاري ومسلم ) وفي رواية البيهقي : البينة على المدعى و اليمين على من انكر

Kalaulah diberikan kepada manusia itu (hak yang dipertikaikan dengan semata-mata dakwaan mereka sahaja, nescaya akan mendakwalah orang lelaki akan darah dan harta lelaki yang lain, tetapi al Yamin (sumpah) dikenakan ke atas yang mendakwa. Dalam riwayat al Baihaqi pula “al-Bayyinah (beban bukti) menjadi tanggungjawab pendakwa, sementara al Yamin dikenakan ke atas mereka yang mengingkarinya.” ( Sahih al Bukhari bi Syarh al Sindi wa Qistallani, Sahih Muslim bi Syarh al Nawawi, Nail al Awtar) [ Terjemahan – Risalah Ahkam, iMAP, m.s 53

البينة لاثبات خلاف الظاهر , واليمين لابقاء الاصل

Al-Bayyinah (disyariatkan) bagi membuktikan khilaf al zahir (menyalahi yang zahir), sementara al yamin pula (di syariatkan) bagi mengekalkan yang asal.” [Terjemahan – Risalah Ahkam, iMAP, m.s 54] (al-Syaikh Ahmad al-Zarqa’, Syarh al-Qawaid al- Fiqhiyyah )

Pendakwa Syarie lwn Abd Talib dan lain-lain, JURNAL HUKUM (1417) H, JLD. X BHG. II

-Bidangkuasa (muka surat 155 - 156)

Tidak ada siapa dari kalangan orang Islam sama ada rakyat negeri ini atau pendatang yang berhak mempertikai undang-undang yang ditentukan oleh pemerintah di bawah kaedah syariah."

تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلحة
Tindakan pemerintah ke atas rakyat menjurus kepada kemaslahatan ummah.

-Maksud dan tujuan undang-undang diwujudkan, termasuklah bertujuan bagi membenteras dan menghindarkan kefasadan di masa mesti didahulukan dari kepentingan mengambil mudah oleh golongan-golongan tertentu

 درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
المنافع درء المفاسد اولى من جلب
عناية الشرع بدرء المفاسد اشد من عنايته بجلب المصالح
{ ما نهيتكم عنه فاجتنبوه,وما امرتكم به فاتوا منه ما استطعتم }

Pendakwa Syarie lwn Mohamed Bin Sabu dan Seorang Lagi, JURNAL HUKUM (1418) H, JLD. XI BHG. I, muka surat 106

Bagi memudahkan penyiasatan (tabiyana) atas sesuatu maklumat dan peruntukan itu adalah suatu yang pasti diikut bagi menyempurnakan kehendak ayat tersebut (al Hujurat: ayat 6) berasas kepada kaedah -

ما لا يتم الواجب الا به فهو الواجب
“Sesuatu kewajipan itu tak sempurna (tak dapat dijalankan) melainkan dengan adanya sesuatu benda atau perkara ( seperti peraturan dan sebagainya “

Dan dalam keadaan demikian tertuduh dikembalikan kepada kedudukan yang asal mengikut kaedah yang bermaksud “Pada asalnya sesuatu itu berkekalan kedudukannya seperti di masa lalu" dan kaedah yang bermaksud “Asal seseorang itu bebas dari kesalahan.”


Hasil Sumbangan Sahabat Saya.....ZRH...terima kasih di atas keizinan...

PENULISAN SURAT DAN MEMO

oleh
DR. ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH
(Setiausaha kehormat Persatuan Linguistik Malaysia)

Surat Kiriman Rasmi

• Karangan berformat, satu bentuk komunikasi melalui penulisan yang dituju khas . Dihantar kepada seseorang untuk tujuan-tujuan rasmi seperti memohon kerja, membuat pesanan, membuat pengaduan secara rasmi, memohon kebenaran dsb.

• Bahasa yang digunakan adalah ringkas, tepat, ayat ringkas dan menyentuh tujuan penulisan surat itu dengan tepat.

• Menerapkan nilai kesantunan dalam bahasa surat melalui penggunaan gantinama yang formal seperti saya, anda, tuan, puan, saudara, saudari, Cik, dan juga lengkap dengan gelaran-gelaran yang khusus jika surat itu menyentuh nama orang yang bergelar.

Contoh: Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

1. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja digunakan apabila terdapat sekatan sosial tertentu, sama ada sekatan pangkat (kedudukan sosial) atau hubungan yang belum rapat.

2. Gelaran-gelaran Pergaulan Tak Bersahaja adalah seperti yang berikut:

(a) Tuan
- digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki yang bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed seperti Tuan Haji Abdul Rahman, Tuan Doktor Khoo dan Tuan Profesor Osman.

(b) Encik, Cik
- boleh digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri seperti Encik Ali atau Cik Ali.

(c) Puan
- digunakan untuk orang perempuan yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

(d) Saudara
- digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan yang hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya.

(e) Saudari
- digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

(f) Tetuan
- hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termasuk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.

Gelaran Warisan

1. Juga disebut gelaran keturunan.

2. Gelaran ini diwarisi sejak lahirnya seseorang itu.

3. Gelaran warisan atau keturunan boleh dibahagikan kepada empat jenis:

(a) Gelaran warisan daripada keturanan raja-raja yang memerintah sama ada pada zaman dahulu atau sekarang.

Contoh: Gelaran Raja terdapat di negeri Perak dan Selangor; Tunku di negeri Johor dan Negeri Sembilan; Pangeran, Pangeran Anak dan Pangeran Muda di Negara Brunei Darussalam; Tengku di Kelantan, Pahang, Kedah dan Terengganu.

(b) Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar.

Contoh: Megat dan Puteri yang terdapat di Perak; Nik di Kelantan; Wan di Kelantan dan Terengganu; Abang di Sarawak; Datu di Sabah; Awangku, Pangeran dan Dayangku di Brunei Darussalam; Tan di Kedah dan Tun di Terengganu.

(c) Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti Syed atau Sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga digolongkan ke dalam gelaran jenis ini.

(d) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti gelaran Raden dari Jawa, Daeng dari Tanah Bugis, Sidi dan Sutan di Minangkabau, Teuku dan Teungku dari Acheh.

Gelaran Kurniaan

1. Gelaran kurniaan didapati melalui pencapaian atau achievement.

2. Gelaran ini boleh dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah dan gelaran kurniaan akademik atau ikhtisas.

3. Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang dianggap berjasa, antaranya termasuklah:

(a) Tun – gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan paling tinggi yang dianugerahkan kepada orang lelaki dan perempuan.

(b) Toh Puan – gelaran untuk isteri kepada Tun.

(c) Tan Sri – gelaran di bawah Tun, kurniaan Kerajaan Persekutuan kepada orang lelaki dan perempuan.

(d) Puan Sri – gelaran untuk isteri kepada Tan Sri.

(e) Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia) – gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada orang lelaki dan juga perempuan.

(f) Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) - gelaran yang dikurniakan oleh Kerajaan Sarawak.

(g) Datin Paduka – gelaran yang dikurniakan kepada orang perempuan oleh kerajaan Selangor.

(h) Toh Puan – isteri kepada Datuk di Terengganu.

2. Orang-orang yang menyandang gelaran-gelaran ini tidak perlu lagi diberi rujukan Tuan, Puan, Cik atau Encik.

3. Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh kerana kejayaan dalam bidang akademik atau ikhtisas. Gelaran-gelaran ini adalah seperti berikut:


(a) Profesor Diraja – untuk profesor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai kemuncak bidang akademik.

(b) Profesor – untuk orang lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling tinggi dalam bidang akademiknya.

(c) Profesor Madya – untuk orang lelaki dan perempuan yang sudah mencapai taraf akademik satu tingkat di bawah Profesor.

(d) Doktor – untuk orang lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan).

(e) Cikgu – untuk orang lelaki atau perempuan yang menjadi guru.

4. Selain gelaran kurniaan pemerintah dan ikhtisas, gelaran kurniaan juga termasuklah gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan seperti gelaran Pendeta diberikan kepada Allahyarham Yang Berbahagia Tan Sri Hj. Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) dalam Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956) dan gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Gelaran Keagamaan

1. Gelaran ini diberikan kepada seseorang yang telah menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu fardu haji.

2. Gelaran Haji untuk orang lelaki dan Hajah untuk perempuan. Kata Tuan boleh digunakan sebelum Haji dan Puan sebelum Hajah.

Contoh: Tuan Haji Abdul Rahman, Puan Hajah Aishah Ghani.

3. Dalam bahasa lisan, gelaran Cik, Pak dan Mak boleh mendahului gelaran keagamaan.

Contoh: Cik Haji Osman, Pak Haji Omar, Mak Haji Aishah.

Gabungan Gelaran

1. Dalam hal gabungan gelaran, gelaran kurniaan kerajaan mendahului semua gelaran ini.

Kurniaan kerajaan + Akademik/ ikhtisas + Warisan + Keagamaan.

Contoh: Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

RUJUKAN HORMAT

Rujukan yang dikenakan kepada sasaran menurut taraf sosial, sama ada mempunyai gelaran tertentu atau tidak. Antara padanan rujukan hormat adalah seperti yang berikut:

Orang Yang Disapa Rujukan Hormat

1. Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

2. Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Duli Yang Maha Mulia

3. Balu Raja Yang Maha Mulia

4. Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

5. Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia

6. Bergelaran warisan Yang Mulia

7. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

8. Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat

9. Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia

10. Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia

11. Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/ dan gelaran ikhtisas yang formal Yang Berbahagia

12. Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif

13. Ketua Polis Negara Yang Amat Setia

14. Hakim, Kadi Yang Arif

15. Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah

16. Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Nilai santun dalam bahasa surat rasmi

Memasukkan unsur penyampaian hajat atau tujuan menulis surat, mengemukakan permintaan menggunakan bahasa yang hormat dan santun

A KEPALA SURAT

a. Nama dan alamat pengirim

b. Garisan melintang

c. Nama dan alamat penerima

d. Tarikh

e. Hala surat/ Panggilan hormat

f. Perkara/ tajuk

g. Isi surat

h. Penutup – nyatakan harapan kita

i. Tandatangan pengirim

Semua butir di atas hendklah ditulis mengikut ketetapan yang diterima oleh sesebuah organisasi tertentu.

Butir 1 : Nama dan Alamat Pengirim:

Ditulis di tepi, iaitu pada bahagian lipatan di sudut atas sebelah kiri surat

Butir 2 : Garisan Panjang Pengirim:

Dibuat selepas menulis nama dan alamat pengirim. Garisan ini dibuat memanjang dari kiri ke kanan.

Sekiranya menggunakan kepala surat, garisan ini tidak diperlukan.

Butir 3 : Nama dan Alamat Penerima

a. Ditulis di bawah daripada garisan melintang, iaitu di sudut sebelah kiri surat.

b. Ditulis di tepi, iaitu pada bahagian lipatan sama seperti nama dan alamat pengirim.

c. Baris akhir pada alamat ini mesti digariskan (Negeri) dan ditulis dengan huruf besar.

Butir 4 : Tarikh:

a. Ditulis di sudut sebelah kanan ( tertakluk juga kepada ketetapan sesebuah organisasi) pada baris yang sama dengan baris khir alamat penerima (Negeri)

b. Ditulis dengan tiga perkataan sahaja, iaitu tarikh, bulan dan tahun. Bulan mesti ditulis dengan huruf besar. Contoh:

2 JANUARI 2009. √

• Perkataan hari bulan yang mewakili hari bulan tidak perlu ditulis.

• Misalnya 2 hb JANUARI 2009

Butir 5 : Hala Surat / Panggilan Hormat Penerima

Ditulis di tepi sebelah kiri, iaitu seturut ke bawah dalam jarak satu baris dengan nama dan alamat penerima (Butir 3). Misalnya Tuan, Puan, Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat dan lain-lain.

B TENGAH SURAT

Perkara/ tajuk :

• Dalam surat kiriman rasmi mesti ditulis perkara/ tajuk surat.

• Perkara hendaklah ditulis melangkaui dua jarak barisan di bawah hala surat.

• Setiap huruf awal dan perkataan hendaklah ditulis dalam huruf besar

• Jangan bubuh tanda noktah selepas itu.

• Kemudian garis atau hitamkan perkara tersebut.

• Perkara atau tajuk harus ditulis dengan seberapa yang ringkas, tepat dan padat. Hal ini penting kerana penerima akan dapat meramalkan isi surat tersebut dan menjimatkan masa penerima untuk membacanya.

Butir 7 : Isi kandungan:

• Isi kandungan surat hendaklah dimulakan dengan memberikan serba sedikit pengenalan dan latar belakang yang berkaitan dengan perkara surat

• Isi pertama dimulakan di bahagian tepi sekali tanpa nombor, dan dalam jarak dua langkau dari perkara.

• Perenggan kedua dan seterusnya, penulis harus memulainya dengan nombor di tepid an kemudian ayat dimulakan dalam jarak satu inci dari tepi nombor.

• Penulis tidak digalakkan menulis panjang-panjang, oleh itu maklumat lain yang penting dijadikan sebagai lampiran bagi isi.

• Jika penulis ingin menulis isi yang sama, penulis boleh menggunakan pecahan-pecahan nombor seperti 2.1, 2.2, dan seterusnya.

• Bagi menyatakan sub-sub perkara dalam 2.1, 2.2 dan sebagainya, gunakan pula (a), (b) dan bagi mengembangkan (a), bolehlah gunakan (i), (ii) dan seterusnya.

• Walau bagaimanapun penulis tidak digalakkan terlalu banyak menggunakan nombor kerana hal ini akan memeningkan pembaca malah tidak menepati kehendak surat yang memerlukan ‘padat, ringkas dan tepat’

(iii) Penutup

• Surat kiriman rasmi hendaklah diakhiri dengan kata-kata penutup yang jelas dan kemas.

• Harus ditulis di sebelah kiri sekali selepas perenggan akhir dalam dua langkau dari baris perenggan akhir.

• Penutup tidak perlu dinomborkan kerana penutup bukan sebahagian daripada isi kandungan pembaca

• Penutup penting sebagai mengakhiri surat dengan kemas, sempurna dan sopan.

Butir 9 : Tandatangan:

• Sebelum menurunkan tandatangan, dua atau langkau di bawah penutup, hendaklah ditulis dengan slogan yang sesuai dan juga rangkai kata bagi menjelaskan identiti penulis.

• Rangkai kata yang dimaksudkan terbahagi kepada dua, iaitu;

(a) daripada orang biasa kepada pejabat atau urusan rasmi:
Contohnya, Yang benar, Yang ikhlas, Yang berharap

(b) Urusan rasmi penjabat. Contohnya :
Yang menurut perintah, Yang menjalankan tugas.

• Sekiranya penulis memegang sesuatu jawatan ataupun menulis bagi pihak sesuatu organisasi, maka nama jawatan itu hendaklah ditulis di bawah nama tadi dan nyatakan bagi pihak jawatan tertentu.

PENULISAN MEMORANDUM (MEMO)

• Memo- idea ringkas tentang sesuatu perkara dari satu pihak kepada satu pihak yang lain.

• Ditulis oleh seseorang dalam sesebuah organisasi dan ditujukan kepada orang yang bertugas dalam organisasi itu juga.

• Oleh pihak tertentu kepada pihak yang berkenaan di luar organisasi

Format

• Identiti pengirim

• Identiti penerima

• Tarikh

• Tajuk memo

• Penyataan

• Usul

• Penutup

• Tandatangan

Aspek bahasa

• Ringkas

• Tepat

• Tiada kekaburan makna

• Bahasa yang meleret atau berbunga-bunga

KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SURAT

A KEPALA SURAT

Nama dan Alamat pengirim

• Menulis nama dan alamat yang lengkap, Pastikan tiada kesalahan ejaan nama penerima.
• Sekiranya menggunakan kepala surat bercetak, tiada masalah di bahagian ini.

Nama dan alamat penerima • Gunakan kata gelaran yang betul untuk penerima surat.

Contoh

Y. Bhg Prof. Dr. Salina Ahmad,
Jabatan Bahasa Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
43400 SERDANG, SELANGOR.

Hala surat Tuan (jika pasti penerimanya) Tuan/Puan (jika tidak pasti atau merujuk kepada senarai penerima yang banyak, lelaki dan perempuan

Sauadara, Saudari, Saudara/Saudari

Tajuk surat • Memohon Peruntukan Menganjurkan Seminar

• Borang Maklum Balas untuk Menjalankan Kajian Soal Selidik
• Hadiah Fellowship Naib Cancelor
• Tempahan Hotel
• dsb

Perkara / Isi surat pertama • Merujuk perkara di atas, saya…….

• Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas, dan dengan sukacitanya saya memaklumkan bahawa ………. ( daripada seseorang yang berjawatan lebih tinggi daripada penerima surat. Contoh Majikan kepada pekerja)

• Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas, dan memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa persidangan yang dijadualkan pada hari Khamis, 11 Jun 2009 ditunda mengikut butiran yang berikut: ( daripada pengirim yang berjawatan lebih rendah daripada penerima. Contoh pekerja kepada majikan.)

Isi surat • Bersama-sama ini saya lampirkan ….( jika surat memerlukan butiran tertentu, contoh memohon pekerjaan, tempahan, dsb)

• Sehubungan dengan itu / Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan borang …….sekiranya surat memerlukan pengirim mengedarkan borang untuk diisi.

• Untuk surat penganjuran seminar atau kursus, nyatakan tujuan (objektif) penganjuran sesuatu aktiviti itu. Contoh:

(a) Untuk pengetahuan tuan tujuan seminar ini adalah untuk………
(b) Antara tujuan seminar ini diadakan adalah

untuk ……….

• Surat Penolakan atau surat yang menyatakan tidak berjaya, penulis digalakkan menggunakan bahasa yang tidak terlalu langsung atau berlapik. Contoh:
• (a) Permohonan tuan telah kami terima, namun dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tidak dapat memenuhi ……. (nyatakan alasannya)
• (b) Dukacita dimaklumakan permohonan saudara tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh ……… Oleh itu….. Justeru kami dengan berat hati terpaksa menolak………

(Isi surat akhir)
• Nyatakan harapan penulis
• Contoh:
• Saya berharap tuan atau penerima tidak berputus asa untuk mencuba pada masa yang akan datang…..
• Kami berharap permohonan kami mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya daripada ………..
• Pihak kami mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara dan kami berharap saudara dapat menampilkan prestasi……

Penutup Masukkan kata-kata penutup yang halus dan sesuai dengan jenis surat.

Sekian.
Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi saya menggunakan e-mel atau hp saya,

Zaitul Azma Zainon Hamzah