Fasakh – Tidak adil berpoligami
Joan Mary Sulaiman lwn Sulaiman Haji Musa JH 10 (1) halaman 90,
Plaintif memohon fasakh dari suaminya dengan alsan antaranya gagal memperuntukkan nafkah bulanan sebanyak RM 1,000.00 sebulan yang telah diberhentikan oleh Defendan dan juga tidak adil berpoligami. Plaintif telah memohon Defendan menyediakan rumah kelamin berasingan dengan isteri barunya setelah setahun berkahwin dan jika gagal, Plaintif tidak mahu pergi ke rumah isteri barunya sebagaimana biasa.
Mengikut hukum syarak seorang suami yang mempunyai lebih
daripada seorang isteri dan ia berhajat untuk bermusafir dengan tujuan pindah
tinggal di daerah yang jauh atau negeri lain maka wajib suami membawa pindah
semua isterinya ke tempat tujuan tersebut. Dan jika salah seorang isterinya
ditinggalkan tidak bersama hendaklah diceraikan atau dengan keizinan isteri
tersebut. Undang-undang ini diperuntukkan oleh hukum syarak dengan tujuan
melaksanakan keadilan di antara isterinya. Di dalam kes ini, semasa suami
bernikah lagi satu hampir setahun lebih isteri pertama bersetuju tinggal di
Kota Bharu disamping menjalankan tugasnya sebagai Pegawai Jururawat dan setiap
minggu atau akhir minggu ada dua tiga kali dalam sebulan isteri pertama datang
ke rumah isteri kedua di mana tempat kediamannya bersama isteri keduanya. Tapi
Mahkamah dapati dengan yakin dan jelas dengan pengakuan suaminya semasa memberi
keterangan di Mahkamah ini bahawa selepas setahun lebih isteri pertama enggan datang
ke rumahnya atau enggan datang ke rumah isteri kedua tinggal. Apabila keadaan
ini berlaku maka ikut hukum syarak hendaklah suami menyediakan satu tempat
tingggal lain yang sesuai dengan keadaan isteri pertama datang ke Kuala Lumpur
atau hendaklah menyediakan tempat tinggal yang lain setelah isteri pertama
ditukarkan bertugas di Kuala Lumpur.
Mahkamah dapati sejak tarikh 12.05.1991 suami telah tiada
usaha mengambil tindakan untuk menyediakan rumah atau tempat tinggal isteri
pertama di Kuala Lumpur untuk menjalankan tugas di KL lebih-lebih lagi tugas
isteri terhadap suaminya yang mana suaminya telah menyediakan rumah kepada
isteri kedua sedangkan isteri pertama pihak suaminya telah tiada membuat
giliran yang adil walaupun isteri pertama berada di Kota Bharu Kelantan.
Setelah jelas isteri pertama tidak bersetuju tinggal di rumah isteri kedua atau
datang ke rumah isteri kedua pihak suami tidak mengambil apa-apa tindakan
keadaan ini bertentangan dengan kehendak syarak.
Sebenar dan sebetulnya yang dikatakan wajib isteri-isteri
datang menyerah kepada suaminya iaitu suami hendaklah menyediakan rumah tempat
tinggal isteri kepada semua isterinya dan suami tinggal berasingan dengan
isterinya dengan ringkas suami tinggal seorang diri tanpa isteri, apabila suami
tidak adakan cara ini wajib ke atas suami mengadakan waktu giliran mengikut masa
dan keadaan. Maka di dalam kes ini, suami telah membuat giliran iaitu ia
tinggal di rumah isteri kedua maka adalah wajib ke atasnya membuat giliran
kecuali setelah diizinkan oleh isterinya yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan