Di bawah ini adalah prinsip yang digunapakai di Mahkamah Sivil berkaitan perintah interim...Prinsip amat baik dan bersesuaian dengan amalan di Mahkamah Syariah...Mari sama-sama kita renungkan......
Kini tidak perlu lagi diadakan ujian kes prima facie. (lihat Associated Tractors Sdn Bhd lwn Chan Boon Heng dan Low Cheng Fok, Kanun Sept 1990 hal 44). Budi bicara mahkamah dalam memberikan atau tidak memberikan injunksi sebelum perbicaraan bagi sesuatu tindakan itu adalah dikawal oleh satu prinsip iaitu mahkamah hendaklah berpuashati bahawa sesuatu tuntutan itu tidak remeh dan menyusahkan. Ini bermakna selagi mahkamah berpuashati bahawa terdapat persoalan serius untuk dibicarakan, maka selagi itulah juga wujudnya asas untuk meneruskan pertimbangan sama ada dengan berdasarkan imbangan kesesuaian, injunksi itu patut diberikan atau tidak. Prinsip ini telah ditegaskan dalam kes Hubbard vs Vosper (1977) 2 QB 84 CA dan dalam kes yang masyhur American Cynamid Co vs Ethicon Ltd (1975) 2 All ER 505.
Kini tidak perlu lagi diadakan ujian kes prima facie. (lihat Associated Tractors Sdn Bhd lwn Chan Boon Heng dan Low Cheng Fok, Kanun Sept 1990 hal 44). Budi bicara mahkamah dalam memberikan atau tidak memberikan injunksi sebelum perbicaraan bagi sesuatu tindakan itu adalah dikawal oleh satu prinsip iaitu mahkamah hendaklah berpuashati bahawa sesuatu tuntutan itu tidak remeh dan menyusahkan. Ini bermakna selagi mahkamah berpuashati bahawa terdapat persoalan serius untuk dibicarakan, maka selagi itulah juga wujudnya asas untuk meneruskan pertimbangan sama ada dengan berdasarkan imbangan kesesuaian, injunksi itu patut diberikan atau tidak. Prinsip ini telah ditegaskan dalam kes Hubbard vs Vosper (1977) 2 QB 84 CA dan dalam kes yang masyhur American Cynamid Co vs Ethicon Ltd (1975) 2 All ER 505.
Rujukan Kes:
Dalam kes Keet Gerald Francis Noel John lwn Mohd Noor @ Harun bin Abdullah & Ors [1995] 1 CLJ 293, Mahkamah Rayuan telah memberi garis panduan kepada hakim-hakim dalam mendengar injunksi interlokutori seperti berikut:
Pertama, dia kena tanya pada
dirinya sendiri sama ada keseluruhan fakta yang dikemukakan di
hadapannya menzahirkan suatu isu bona
fide yang
serius. Dia mesti, semasa mempertimbangkan soalan ini, mengingati bahawa pliding dan keterangan
adalah tidak mencukupi di peringkat
itu. Yang penting, dia mestilah menahan diri daripada membuat apa-apa penetapan
ke atas merit tuntutan atau apa-apa pembelaan kepadanya. Adalah
mencukupi jika dia mengaitkan diri dengan ketepatan
isu yang ditimbulkan atas penemuan dan memutuskan sama ada isu itu serius untuk memeritkan suatu
perbicaraan. Jika dia mendapati,
selepas pertimbangan yang kesemua material yang relevan di hadapannya
termasuk hujah peguam, bahawa tiada persoalan serius dizahirkan, maka itu menandakan penolakan relief itu dan tamatnya
perkara itu. Sebaliknya jika dia mendapati
ada persoalan serius untuk dibicarakan,
dia sepatutnya beralih kepada garis panduan yang selanjutnya;
Kedua, setelah mendapati bahawa suatu isu telah
dizahirkan yang memerlukan siasatan lanjut,
dia mestilah menimbangkan di mana letaknya keadilan kes itu. Dalam membuat penilaiannya dia mesti mengambil kira semua perkara yang relevan,
termasuk hakikat sebenar kes di hadapannya. Dia mesti menimbangkan
keburukan yang akan diakibatkan daripada
penolakan itu. Dia berhak untuk mengambil kira, antara lain, kedudukan kewangan litigan di hadapannya. Jika, setelah menimbangkan semua perkara, dia membuat
kesimpulan bahawa plaintif akan lebih menanggung ketidakadilan jika
relief tidak diberikan, jadi dia berhak
untuk memberikan injunksi terutamanya jika
dia berpuas hati bahawa plaintif berada dalam kedudukan kewangan untuk memenuhi akujanji dalam ganti rugi. Begitu
juga, jika dia menyimpulkan bahawa
defendan akan menanggung ketidakadilan yang lebih besar dengan pemberian suatu injunksi, dia berhak untuk menolak relief.
Sudah tentu, akan timbul keadaan ketidakadilan yang ketara kepada plaintif dan Hakim berhak untuk mengetepikan
akujanji biasa dalam ganti rugi (lihat:
Cheng Hang Guan v Perumahan Farlim
(Penang) Sdn. Bhd[1988] 3 MLJ 90). Selain daripada kes-kes sedemikian,
Hakim berhak untuk mengambilkira keupayaan
plaintif untuk memenuhi aku janji dalam ganti rugi sekiranya guaman ini
gagal, dan dalam kes-kes berkenaan, mungkin memerlukan plaintif untuk
mendapatkan ganti rugi, contohnya, dengan
menyediakan suatu jaminan bank;
Ketiga, Hakim mestilah
telah memikirkan bahawa remedi yang dia diminta
untuk mentadbirkan adalah mengikut budi bicara, dengan hasrat untuk
menghasilkan keputusan yang adil bagi tempoh di antara tarikh permohonan dan
perbicaraan sebenar dan dengan hasrat untuk mengekalkan status quo, suatu pernyataan
yang dinyatakan oleh Lord Diplock
dalam Garden Cottage Foods v
Milk Marketing Board [1984] AC 130 dan
dipakai dalam Cheng Hang Guan (supra). Remedi adalah suatu budi bicara
kehakiman yang boleh diperbetulkan semasa rayuan. Oleh yang demikian, Hakim berhak untuk mengambil kira semua pertimbangan
mengikut budi bicara, umpamanya kelewatan dalam membuat permohonan atau dalam mana-mana remedi alternatif yang mencukupi yang
boleh memenuhi ekuiti plaintif, seperti suatu award bagi pampasan berupa wang
sekiranya dia berjaya dalam tuntutannya semasa perbicaraan. Apa-apa persoalan
tentang kepentingan awam boleh, dan dalam kes-kes yang sesuai, hendaklah
diambil kira. Hakim hendaklah dengan
ringkas dalam penghakimannya menyampaikan beberapa faktor yang dipertimbangkannya dalam mencapai keputusannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan